Kisah tersurat dan tersirat di sebalik berlaku peristiwa MH 370 dan MH 17 yang akan di dedahkan di sini adalah lanjutan dari siri pengenalan pertama;
ROYAL VIP COMMUNITY : MEMBONGKARKAN KISAH KEBENARAN DI SEBALIK MH 370 - MH 17
Semoga tulisan ini bermanafaat untuk semua manusia di dunia ini dan mendapat pentunjuk kebenaran dariNya di dalam Perjalanan kehidupan ini Untuk Menempuh Kematian Dengan Mendapat Cinta Agong DariNya. Semoga ahli-ahli keluarga dari seluruh dunia dapat menerima dengan tabah dan redha di atas semua yang telah berlaku itu.
Semua peristiwa itu telah di takdirkan berlaku, maka marilah semua kita kembali pada Allah Yang Maha Memilikki Segala-galaNya dan dengan itu sahaja sebagai ubat yang paling mujarab dalam mengobati kesedihan yang kita lalui itu. Usah di tangisi hujan petir dan ribut kerana yang pastinya Pelangi yang indah akan muncul.
Ada 6 aspek yang yang dapat kita kongsi bersama apabila kita meletakkan ; (Berikut tulisan diblog saya ...Monday, March 19, 2012 .... memberi kesedaran dilubuk hati bahawa kita tidak memilikki atau memilikki, sekalipun isteri dan anak-anak kita, semuanya adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja mereka itu akan di ambil oleh pemilik yang sebenar, samaada dalam bentuk perpisahan di dunia (bercerai) ataupun kematian). Semua itu adalah ketentuan dariNya untuk memberi ujian pada kita untuk jadikan kita samaada menempuh jalan ke takwaan atau memilih jalan kefasikan. Allah yang memberi kita 2 ilham berhubung dengan jalan yang akan kita tempuhi tersebut....)
Andainya semua enam aspek ini dapat dihayati maka semakin hampirlah seoarang hamba itu mendapat kebahagiaan syurga yang disegerakan. Kerana dia adalah orang yang merasakan Tuhan segala-segalanya. Mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Kehilangan Tuhan ertinya kehilangan segala-galanya. Orang yang kehilangan Tuhan dalam keadaan senang pun tidak terhubung hatinya dengan Allah swt bahkan kadang-kadang derhaka kepada Tuhan. Dalam kedudukan kaya, berkuasa, cerdik, tidak merasakan semuanya adalah milik Tuhan. Dalam keadaan susah, menderita, menjadi rakyat jelata pun terputus juga dari Tuhan, tidak sabar, tidak redha dan terus melupai Allah swt.
Realiti Kehidupan Berhubung dengan Masa, Cahaya, Manusia dan Alam
Untuk Menempuh Perjalanan ke Alam Akhirat
Kesempurnaan Penciptaan Allah untuk semua makhluk dan Alam ini di jadikan adalah bertujuan semata-mata untuk beribadat padaNya. Maka sebagai tanda kesyukuran http://cm1mc.blogspot.com/2011/04/segala-puji-bagi-tuhan-pentadbir-alam.html
0 comments:
Post a Comment