KITA sungguh biasa dengan istilah lemah jantung. Sebut
saja lemah jantung segeralah kita fahaminya satu penyakit
lizikal yang merbahaya, yang meletakkan pesakit itu di
ambang maut.
Tapi kita kurang arif dengan penyakit lemah
jiwa.
Dan kita pun kurang tahu yang penyakit ini lebih
bahaya daripada sakit lemah jantung. Sebab penyakit ini
bila-bila masa saja boleh membunuh jiwa.
Bila jiwa mati,
manusia sebenarnya sudah mati sebelum mati. Dan kes ini
sebenarnya lebih dahsyat dari pada kes kematian itu sendiri.
Tapi sayang, doktor-doktor tidak dapat mengesan sakit ini.
Sebab ia bukan sakit fizikal, yang boleh dikesan dengan komputer lahir.
Ia adalah sakit rohani yang bersifat rohaniah
yang hanya dapat dikesan oleh doktor-doktor rohani yang
mursyid.
Hanya mereka itu yang dapat melihatnya, menggunakan
pandangan basyirah mereka serta pandangan hati
yang tembus.
Seterusnya memka jugalah yang tahu sebab-sebab
terjadinya penyakit ini dan apa pula cara pengubatan
dan ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya.
Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis Qudsi erti
nya,
“Takutilah olehmu firasat (pandang tembus) orang
Mukmin kerana mereka memandang dengan pandangan
Allah.
“
Maknanya, Allah-lah yang membukakan rahsia-rahsia
di alam hakikat untuk diketahui oleh hamba-hamba-Nya
yang dikasihi-Nya. Supaya menjadi panduan pada orang-orang
lain, yang mahu mengambil pengajaran dan kebaikan
darinya.
Sebab itu Allah berfirman maksudnya:
Beruntunglah orang-orang yang menyucikan
jiwanya. Rugilah orang-orang yang mengotorkun
jiwanya.
(Surah Asy Syam : 9-10)
Jiwa yang bersih adalah jiwa yang sihat, sejahtera dan
selamat. Manakala jiwa yang kotor itulah jiwa yang sakit.
Jiwa yang sihat ialah jiwa yang merdeka, berani dan
kuat.
Jiwa mukmin yang sihat ialah jiwa yang berpegang
kuat dan terlalu yakin pada Allah.
Maka jadilah dia cukup
merdeka, berani dan kuat memegang dan mempertahankan
keyakinan jiwanya itu.
Sebaliknya jiwa yang sakit ialah jiwa yang lemah, mudah
goyang oleh keadaan, terhoyong-hayang ke sana ke
mari tidak ada pendirian dan takut.
Bagi seorang Islam yang jiwanya sakit, keyakinan pada Allah adalah lemah,bergoyang-goyang bila ditiup angin dan penakut.
Dan
inilah yang sudah terjadi pada seluruh umat Islam hari ini.
Jiwa mereka yang sakit itu terasa sakitnya dan lemahnya
bila bertembung dengan kejadian-kejadian malang atau
ujian atau nikmat.
Jiwa akan lemah dan bergoyang dan tumbang bila menghadapi keadaan-keadaan yang mencabarnya, samaada positif atau negatif.
Tegasnya keyakinan dan pergantungan pada Allah jadi lemah bila berhadapan
dengan ujian atau pun nikmat.
Jiwanya akan menyerah pada kehendak keadaan dan jadi longgar atau terlepas langsung pergantungan dengan Allah.
Mari kita lihat beberapa contohnya:
1. Bila berhadapan dengan rumah mewah, kereta besar,
binatang ternak dan ladang-ladang tanaman yang luas,
terpautlah jiwa padanya.
Lemahlah jiwa dan terus menyerah
pada dunia itu. Iaitu dengan berusaha dan berharap untuk
mendapatkanya.
Hingga kerana itu tinggallah perjuangan
di jalan Allah, berhentilah ia dari memberi khidmat kepada
manusia. Takut untuk menegakkan kebenaran. Jiwa diserah
pada dunia yang melambai-lambai itu. Dan lemahlah penyerahan
pada Allah SWT.
2. Bila dapat jadi orang atas, orang besar, pemimpin atau
ketua kumpulan, berhadapan dengan kemewahan hidup,
sogokan pujian orang, maka lemahlah jiwa dengan Allah.
Sebab jiwa terpaut pada kemewahan, sanjungan dan
sogokan tadi. Padahal sebelum itu, sebelum berada di
kedudukan itu beria-ia berjanji mahu membela nasib rakyat,
kalaulah dirinya terpilih jadi pemimpin atau wakil rakyat.
Tapi jiwa yang suci itu jadi lemah bila dimasuki oleh
keinginan mengambil kemewahandan sogokan serta pujian
orang itu untuk kepentingan diri sendiri.
Lupa tanggungjawab.
Diri terasa penting, istimewa dan mahu bolot semua
peluang-peluang istimewa sebagai orang besar itu untuk
diri. Bukan lagi untuk Allah. Itulah penyakit lemah jiwa.
3. Bila berhadapan dengan perempuan cantik, hati pun
tertarik dan jatuh padanya.
Lupa Allah, lupa isteri, lupa
tanggungjawab.
Jiwa diruntun oleh perempuan itu, hinggakan
kerja-kerja lain yang lebih besar, jadi kecil dan kurang
penting.
Keinginan untuk memiliki perempuan itu begitu
mencengkam hati hingga jika perempuan itu mengenakan
syarat-syarat apapun, nescaya dia sanggup terima, sekalipun
berlawanan dengan syariat Allah.
4. Bila dapat kejayaan dalam hidup seperti naik pangkat
atau dipuji orang, maka hilanglah rasa kehambaan, kekurangan
dan kelemahan diri pada Allah SWT, tentu rasa
ujub dan riak, rasa diri mampu, besar, istimewa dan hebat.
Seterusnya terasalah pula besar diri dan hebat diri, dan
terlupalah bahawa segala-gala kejayaan itu pinjaman Allah
semata, sedangkan diri tetaplah kerdil dan lemah serta
hina.
Sama saja dengan orang lain. Lalu menyombonglah ia dengan manusia. Tiada kasih sayang, timbang rasa,kasihan belas pada orang lain terutama orang bawah yang
kurang dan lemah.
Senyum pun mahal, apa lagi hendak
duduk-duduk bersama mereka itu. Kerana rasa tidak layak
dan hendak jaga status. Berlanjutanlah keadaan itu hingga
akhimya orang semua benci dan kawan pun lari, tinggallah
seorang diri.
Itulah akibat penyakit lemah jiwa.
5. Pejuang-pejuang Islam yang sering berkorban dan
terkorban, hingga hiduplah dia dalam susah payah walhal
dilihatnya orang lain hidup senang-lenang maka lemah
jiwanya pun datang.
Dirasanya tidak sabar lagi untuk
bersusah-payah. Ingin rasa lapang dan senang macam
orang lain.
Syaitan pun memberikan suntikan dan menghasut,
maka jadilah pejuang tadi pejuang yang letih dan malas.
6. Para pejuang yang mempunyai isteri yang cerewet,
tidak taat, degil dan sombong, selalu mengalah dengan
isteri itu.
Jiwa perjuangan dan cinta pada Allah dan Rasul
tergugat, bergoyang-goyang dan lemah oleh kehendak isteri. Bila isteri minta kurangkan keluar rumah, cukup dengan pergi kerja dan balik, tidak payah ‘over-time’dengan perjuangan, dia pun tidak berani atau tidak sampai hati hendak tolak pandangan isteri itu.
Maka tinggallah perjuangan. Tinggallah Allah dan Rasul demi cinta pada
seorang perempuan.
7. Dalam mencari rezeki yang halal, selalunya disiplin
sangat ketat. Sengaja orang-orang yang anti-Islam mengenakan undang-undang yang keras misalnya, hendak:
kerja tidak boleh pakai purdah atau tidak boleh berjubahi
serban. Maka si lemah jiwa pun tidak berani lagi hendak
ikut syariat Allah, maka ikut kata boss pejabat.
Atau bagi
orang-orang yang berniaga, oleh kerana modal kecil, lambat;
untung, maka kerana hendak untung besar dan cepat,
buatlah pinjaman yang ada riba.
Longlailah jiwanya kerana menyerah pada keuntungan dunia yang sedikit.
Atau;
peniaga-peniaga juga sering berhadapan dengan masalah:
barang yang halal, kurang laris, tapi yang haram laris
sekali. Maka lemahlah jiwanya.
Dijuallah barang haram
atau syubhat itu. Maka dapatlah untung di dunia, tapi
alangkah ruginya di akhirat nanti.
8. Ada pemimpin-pemimpin yang kuat jiwanya, pada:
mulanya. Tapi bila diuji dengan pengikut yang tidak suka
dengan perkara-perkara yang diperintahkan Allah seperti
sembahyang, tutup aurat, pergaulan yang terbatas lelaki
perempuan, menghormati dan mengasihi orang lain, jangan
mengata, jangan menuduh.
Maka, kerana takut pengikut lari, pemimpin itu pun korbankan prinsip. Berlagaklah dia ikut kehendak pengikut dengan membelakangkan kehendak
Allah. Itulah jiwa lemah.
Dia sanggup korban prinsip demi
harapkan pengikut sokong dan undi dia untuk terus jadi
pemimpin.
Gila kuasa lebih dari cintakan Allah SWT.
9. Bila diuji dengan kesusahan hidup seperti turun
pangkat, orang kata, miskin, ugutan di tempat kerja, maka
jiwa yang asalnya begitu optimis, tiba-tiba saja terasa sakit
dan lemah.
Rasa kecewa, terhina, takut, putus asa, derita,
gelisah, keluh-kesah dan kucar-kacir sekali. Ada yang rasa
tidak mahu hidup lagi, terus bunuh diri. Ada yang hendak
lupakan semua itu, minum arak atau ambil dadah atau buat
maksiat-maksiatlain.
Ada yang menuduh-nuduh, meracau-racau,
mengadu-ngadu, menghina diri bahkan menyangka-nyangka
buruk terhadap Allah SWT.
Hingga kerana itu sanggup mengecil-ngecilkan perintah Allah dan Rasul
untuk ikut nafsu dan syaitan. Ujian itu tidak dapat diambil
sebagai ingatan dari Allah dan penghapusan dosa, pada
dosa-dosa yang telah banyak dilakukan.
Sedangkan melalui
kesusahan-kesusahanlah ramai orang mendapat kebaikan
dan kemuliaan dalam hidup.
Dalam kesusahan penuh
kebaikan, tapi si lemah jiwa jadi lebih susah dengan
kesusahan. Susah di dunia dan akhirat. Itulah hasil dari
sakit lemah jiwa.
Lebih dahsyat dari akibat sakit lemah
jantung. Sebab lemah jantung boleh bawa maut tetapi
lemah jiwa boleh bawa ke neraka dunia dan akhirat.
Ini adalah kerana pesakit jantung tidak bersalah, tapi pesakit
lemah jiwa adalah pesalah, penderhaka dan kufur dengan
Allah SWT.
Allah sudah ingatkan supaya datang ke dunia
untuk menghambakan diri pada Allah, yakni dengan
merasakan diri adalah hamba Allah.
Firman-Nya bermaksud;
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan
untuk menyembah-Ku.
(Surah AZ Dzariat : 56)
Dalam pada itu tiap-tiap kali berdiri sembahyang
mengadap Allah berjanji lagi, hanya Allah yang aku abdikan
diriku, bahkan hidup mati untuk Allah.
Habis kenapa
dalam melaksanakan hidup, berdolak-dalik dengan Allah,
bahkan Allah di belakangkan?
Kata-kata Allah, pesanan Rasul, tiada dipakai langsung. Bahkan dipertikai dan diragui, bahkan dikecil-kecilkan dan diketawakan.
Konon terasa diri itu pandai, mampu, kuat, berkuasa dan rasa tuan
bahkan kadang-kadang rasa ketuhanan itu menguasai hati,
Rasa hati seperti apa yang dirasa oleh Firaun itu.
Hingga
dia berkata, “Akulah Tuhan.”
Sebenamya rasa inilah sudah masuk dalam hati-hati
kita.
Terutamanya orang-orang yang Allah kurniakan
padanya nikmat bijak pandai, kaya, mewah, disanjung, sihat,
cantik, mampu dan serba boleh.
Seolah-olah dia berkata
akulah Tuhan, dilihat pada sikap dan cakapnya. Rasa
kehambaan yakni rasa kecil dan hina bagaikan kecil dan
hinanya air mani yang darinyalah Allah reka-bentukkan
diri ini, sudah disapu bersih oleh kejahilan, kedegilan,
kesombongan, keangkuhan yang sudah berkarat di hati.
Yang tinggal dalam hati dan jiwa ialah nafsu dari syaitan.
Jadilah jiwa itu kotor sekotor-kotomya. Maka sakitlah ia.
Sakit lemah jiwa.
Bila dapat sihat terlonjak-lonjak, lupa
diri,lupa asal-usul dan lupa bahawa Allah berkuasa menarik
balik nikmat itu, bila-bila masa saja.
Sebaliknya, bila dapat ujian, rasa putus asa, menderita,
kecewa dan hilang pertimbangan.
Itulah sifat nafsu amarah dan lawwamah.
Nafsu yang sangat jahat, yang setiap detik meruntun jiwa untuk kufur pada Allah. Maka nerakalah
tempatnya selama-lamanya.
Siapa yang boleh lepas?
Sedangkan tiada seorang dari kita yang sihat jiwanya. Semuanya
sakit. Pemimpin sakit, ulama sakit, pejuang Islam
pun sakit, tok guru pun sakit, anak murid apa lagi. Ayah
sakit, anak-anak lebih lagi. Suami sakit, isteri sakit.
Pemuda
kena pemudi pun sama. Pendek kata semuanya sakit-sakit
belaka. Semuanya masih berada di senarai ahli neraka.
Wal’iyazubillah.
Tepatlah sabda Rasul tercinta, bahawa. di akhir zaman
umatnya ramai. Tapi mereka itu dikeronyok oleh musuh
bagaikan makanan dikeronyok oleh tangan manusia.
Sebab
mereka semuanya sakit.,
Yakni jiwa mereka lemahnya bagaikan buih. Kerana diserang oleh sakit wahan. Cinta dunia dan takut mati.
Inilah taraf taqwa kita semua.
Taqwa yang penuh dengan keinginan pada dunia hingga lupakan akhirat, lupakan mati, bahkan mahu lupa-lupakan mati itu, kerana takut dan
benci.
Maka inilah hasilnya. Umat Islam hidup bagaikan
mayat yang boleh diperlakukan apa saja oleh musuhnya.
Umat Islam tidak punya identiti sendiri. Semuanya bersalut
dengan salutan musuh, hingga kerana itu makin hari makin
hancur dan berkecai, punah-ranah.
Mana ada satu negara
Islam dan masyarakat Islam yang benar-benar ditakuti
kawan dan lawan?
Hatta jemaah yang memperjuangkan Islam pun tidak wujud identiti Islamnya.
Kesilapan utama dan pertama pada kegagalan ini ialah
kerana kita tidak cukup iman. Hati kita, jiwa kita tidak
sekuat yang sepatutnya. Iman dan taqwa kita terlalu lemah.
Maka selemah itulah jiwa kita dan nilai diri kita.
Sebab ,
Allah tidak bersama kita. Yang memimpin dan mendorong
kita selama ini ialah nafsu dan syaitan.
Dalam pada itu kita kata kita Islam, Allah Tuhan kita, Muhammad nabi kita. Walhal yang sebenamya jadi Tuhan dan Nabi kita ialah
nafsu dan syaitan.
Manalah Allah tidak kutuk kita dan umat Islam seluruhnya.
Kalaulah keadaan ini tidak dibaiki, pasti kita tidak
selamat, di dunia pun tidak boleh selamat, apa lagilah di
akhirat.
Tujuh buah neraka telah disiapkan untuk orang=orang yang sesat dan orang-orang yang Allah benci.
Pesakit-pesakit lemah jiwa adalah termasuk orang-orang kebencian
Allah, yang pasti menjerit melolong nanti di akhirat oleh
azab-Nya.
Jangan sampai berita ini diragukan atau tidak
difikirkan secara serius. Sebab Allah tidak pemah mungkir
janji-Nya.
Firman Allah maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak mungkir janji.
(Surah A!i Imran: 194)
Orang yang selamat di dunia dan akhirat ialah orang
yang hatinya selamat. Lihat betapa indahnya firman Allah.
Dan firman Allah lagi:
Pada hari itu, tidak berguna lagi harta dan anak-anak melainkan mereka yang membawa hati yang
selamat sejahtera.
(Surah As Syuara’ : 89)
Hati dan jiwa yang selamat ialah yang mendapat maqam
mutrnainnah atau sekurang-kurangnya mulhamah.
Iaitu
orang-orang yang mempunyai iman ayyan, yang hatinya
sentiasa teringat Tuhan yang Pengasih itu, yakni Allah
SWT.
Hati diperhambakan betul untuk Alah hingga tidak
pernah membesar dan memuliakan diri, walau bagaimana
besar pun nikmat yang didapati.
Dan hatinya tidak pemah
cacat dengan Allah, walau bagaimana dahsyat pun ujian
yang diberi.
Hati ini adalah hati yang sungguh gagah dan
kuat. Nikmat dan ujian tidak pun menggoyang dan melemahkannya.
Dia cukup merdeka untuk Allah.
Berani dan yakin serta tawakal dan harap pada Allah menyebabkan .
dia sangat mengutamakan kehendak dan hukum Allah.
Hinggal sekiranya dia terpaksa mati untuk tugas itu, maka
dirasanya kematian itu ialah pintu pertemuannya dengan
Allah yang sangat dicinta dan dirinduinya.
Dia sanggup
mati mempertahankan prinsip Islam.
Kenapa kita tidak mencuba dapatkan hati yang begitu?
Sedangkan Allah sudah berlaku terlalu baik dengan kita.
Patut kita sudah rasa terlalu terhutang budi dan malu dengan
Allah.
Jadilah hendaknya kita umat yang merdeka
jiwa.
Merdeka dengan Allah. Takut hanya dengan Allah.
Tidak lagi takut pemerintah, takut isteri, takut periuk nasi
tidak berasap, takut miskin, takut masuk dapur, takut emak
dan bapa mertua dan macam-macam lagi.
Sebab semua itu tidak ada kuasa apa-apa kalau bukan dengan kuasa dan
kehendak Allah. Agar dengan itu selamatlah kita dari
penyakit lemah jiwa.
Tuesday, August 26, 2014
Jemputan Kehormat Untuk Ayahanda Bersama Dalam Usaha Kemerdekaan Jiwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment