Wednesday, August 27, 2014

MELAKA : WORLD ROYAL FAMILY HOUSE MALAYSIA

Share it Please

"''Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Pengasihani

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk,

MELAKA :  WORLD ROYAL FAMILY HOUSE MALAYSIA 

Sempena dengan bulan Kemerdekaan yang akan di sambut pada 31 Ogos 2014 yang ke 57 temanya,

"Warisan : Di sini Lahirnya Sebuah Cinta"
(Untuk semua rakyat Malaysia yang di lahirkan di Bumi Bertuah Ini)
 

Video ini saya buat pada tahun lepas sempena Majlis Bersama Dengan Ayahanda 
dari seluruh Malaysia.

Negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja.

Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.
Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Ya Allah, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi dan seterusnya Amirul Mukminin Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain

Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.


Amin, ya ALLAH.


Tajuk di atas di pilih kerana pertamanya di atas nama Melaka. Dulunya adalah Empayar yang besar yang di perintah oleh Raja.  Kini setelah menjelang hampir  504 tahun setelah di taklukki oleh Portugis, kini hanya sebuah negeri yang kecil di dalam Malaysia.

Berikutnya, 

WORLD ROYAL FAMILY HOUSE MALAYSIA

yang mana saya telah di jemput untuk bersama dalam Group yang di tubuhkan di Laman Sosial Facebook. 



Semoga Allah  limpahi kurnia Rahmat Kasih Sayang Untuk Tuanku Raja NoorJan serta keluarga Tuanku yang telah menubuhkan Group World Royal Family House Malaysia serta para Pentadbir dan semua ahli-ahli dalam group ini. 


Saya juga merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan Tuanku pada hamba yang juga telah menubuhkan Group di FB iaitu ROYAL VIP COMMUNITY.

Tujuan ROYAL VIP COMMUNITY
Revolusi Ekonomi di abad 21 ini telah berlaku pelbagai perubahan dalam kehidupan umat manusia.

Serentak dengan perkembangan teknologi maka komuniti ini sebagai satu platform untuk bersama mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa, membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan ugama.

Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama lain sebagaimana yang telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.

Tujuan utama :

Asasnya ialah Piagam 13 yang berdasarkan 4 pinsip :

1. Keadilan  (Tidak Syirik Dengan Allah)

2. Silaturrahim

3. Kebajikan

4. Cegar Mungkar

Firman Allah maksudnya;

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
 
(Surah 16  : 90)

Maklumat selanjut....Matlamat Royal VIP Community



Melalui group ini juga di tawarkan satu peluang Jana Pendapatan Online secara global di mana Perkenalkan Sistem Perekonomian Yang Berteraskan Kasih Sayang dan Manusia itu sebagai aset.

Semoga semua dapat mengambil peluang ini, di mana hanya dengan 3 Langkah Mudah sahaja di mana Julung-julung kali di perkenalkan satu Sistem yang mana dapat memberi satu didikan secara tak langsung betapa pentingnya Kasih Sayang sesama manusia itu penting maka secara automatik kejayaan dan dunia datang merangkak dengan hina dina pada kita semua. 


HANYA MEMBUAT PENDAFTARAN PERCUMA .... SETERUSNYA PERKENALKAN PADA RAKAN-RAKAN, DI MANA MEREKA JUGA DAFTAR PERCUMA...MAKA SERENTAK ITU JUGA WANG DATANG MENCURAH-CURAH KE AKAUN ANDA. 

PROGRAM INI SEBAGAI ALAT MEREDAH BADAI LAUTAN INTERNET MEMERTABATKAN MELAYU KE PENTAS DUNIA DI MANA ERA KASIH SAYANG INI BUKAN MASA UNTUK BERPERANG TETAPI BERJUANG MEMBAWA KASIH SAYANG DAN PERADABAN DI MANA GABUNGKAN TEKNOLOGI ICT + TEKNOLOGI ROH (IAITU SETIAP DETIK DAN SAAT DI HATI UMAT MELAYU YANG BERIMAN DAN ISLAM INI DI HUBUNGKAN DENGAN ALLAH DAN RASUL)










MUKADIMAH

  
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara sudah lama bertapak di Alam melayu, Berkat dakwah para Salafus Soleh yang berjuang berhabis-habisan dalam menyebarkan Islam di Nusantara.

Sang Saka

Rasulullah memberitahu bahawasanya Kebangkitan Islam di akhir zaman kedudukannya jauh di sebelah timur.

Para pendakwah yang turun ke Nusantara untuk mengislamkan Alam melayu ini adalah mereka yang bernasabkan daripada Ahlul Bait Rasulullah dan keturunan Sahabat yang terpilih.

Kebangkitan Islam di akhir zaman "umpama satu badan". Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur.

Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak.

Begitulah simboliknya, Ikhwan adalah kata kunci bagi Timur,dan Asoib pula adalah bermaksud Khurasan."Jika tiada akar, tiadalah pokok dan buahnya".


Semoga Allah mencucuri rahmat untuk roh 
Almarhum DULI TUANKU BONDA 
YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BARIAH
 Kasih Sayang Kunci 
Perpaduan Sejagat.
 PERJUANGAN BELUM SELESAI. 
(Mahapatih Sri Nagasakti Jayapura Negara)

NEGERI DI BAWAH ANGIN

Negeri di bawah angin yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah Nusantara (Samudera). Nusantara terkenal dengan kepercayaan kuat terhadap alam ghaib (Tuhan) danmerindui perkara yang ghaib (Pesuruh Tuhan).

Rasulullah saw memang tahu bahawa suatu masa nanti Bangsa Melayu nusantara akan berbondong-bondong/ beramai-ramai menganut ajaran Rasulullah saw (Agama Islam). 

Para pendakwah ada yang bermimpi bertemu Rasulullah saw dan mengarahkan agar mencari jalan ke timurpergi ke tanah melayu untuk mengislamkan mereka (Bangsa Melayu Nusantara). 

Bahkan semasa hayat baginda saw, baginda sendiri adamenghantar sahabat ke nusantara bagi membina perkampungan kecil Islam di nusantara yang diwaktu itu masih dikuasai ajaran Hindu dan Buddha.

Seterusnya, usaha kerjasama dengan kerajaan Nusantara berlaku selepas kewafatan baginda, pada zaman Khalifah Muawiyah Abu Sufian dan Khalifah Umar Abdul Aziz, Usaha dakwah dan perhubungan diplomatik terus giat berjalan, sehingga kepada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmniyah.


Nusantara sebelum dan selepas 
banjir besar Nabi Nuh A.S
Samudera yang Rasulullah s.a.w maksudkan adalah Nusantara, hendak pergi ke negeri dibawah angin tersebut,perlu belayar merentasi jalan laut yakni merentasi Samudera. kerana negerinya dikelilingi pulau-pulau, jugapertembungan tiga lautan di tiga penjuru kepulauannya.

Nusantara adalah tempat lahirnya wali-wali Allah berketurunan Ahlul Bait dan sahabat yang bertaqwa danyang sangat bertaqwa, lantas berperanan penting di akhir zaman ini, mereka antaranya:
  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Abuya Al-Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Al-Haris Haras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
  • Khalifah Mujadid (Penghulu mujadid)
  • Mujadid ke 14 (Mujadid terakhir)
  • Imam Mujtahid Akhir Zaman                                           (Mazhab Imam Mahadi)
  • Ikhwan (Sahabat akhir zaman)
  • Asohib (Pembantu Sahabat akhir zaman)
  • Wali besar
  • Wali kecil
  • Pengasas Thoriqah yang muktabar
  • Pemimpin Thoriqah yang muktabar
  • Ulama muktabar
  • Ulama Amalin (Beramal dengan ilmunya)
  • Sultan-Sultan yang Haq (Kesultanan Nusantara)
  • Para pemimpin yang haq (Kerajaan Islam)
  • Mujahid (Pejuang) akhir zaman yang haq
Kesemua yang di senaraikan adalah berasal di tanah Nusantara, berperanan di zamannya dan di akhir zaman.

KESULTANAN AHLUL BAIT


Salahsilah Keslultanan Ahlul Bait di Nusantara
Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam di nusantara inibernasabkan daripada Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A.

Sebelum kedatangan Islam, bangsa melayu nusantara adalah sebuah bangsa yang taat setia kepada Raja dan kerajaannya. Kedatangan para pendakwah mengislamkan Raja-raja mereka turut dituruti (seluruh rakyat) dengan menganut ajaran yang dibawa (Islam) secara beramai-ramai.

Apa rahsianya mereka semua dapat taat setia dan percaya kepada ajaran yang dibawa oleh para pendakwah Islam ke negeri mereka?

Bangsa melayu nusantara sebelum kedatangan Islam, Allah kurniakan kepada mereka sejenis kekuatan bernama "Sakti" (Istidraj), Apabila mereka semua melihat"Karomah" (Lebih hebat dari sakti) yang ditunjukkan (yang dilihat) oleh para pendakwah yang datang untuk mengislamkan mereka, mereka berkelihatan aneh dankehairananlantas yakin dan taat setia kepada arahan raja-raja mereka agar beramai-ramai memeluk Islam(Seruan memeluk ajaran Islam).

Sebelum kedatangan para pendakwah mengislamkan negeri dan kerajaan di nusantara, Para Raja-raja ada yang bermimpi diberi kefahaman dan ditunjuki jalan yang benar (Taufik dan hidayah), lantas mereka tidak keberatan menerima Islam yang dibawa oleh para pendakwahtersebut.

Bangsa melayu nusantara yang digelar Rasulullah s.a.wsebagai "Negeri di bawah angin" kerana mereka semuapercaya dan yakin kepada perkhabaran ghaib yang disampaikan diserukan kepada mereka semua.

Apabila semuanya telah diislamkan, Allah menaikkan darjat Raja-raja mereka dan rakyat-rakyatnya di nusantara, "Sakti" telah bertukar menjadi "Maunah" atau "Karomah" mengikut keyakinan dan keimanan mereka semua.

Perkembangan ini juga dikukuhkan lagi dengan perkahwinan campur antara raja-raja melayu dengan keturunan Ahlul Bait dan Sahabat Rasulullah, juga para pendakwahbermukim dan berlaku perkahwinan campur dengan rakyat tempatan. dengan perkahwinan inilah mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan mengembangkan lagi keturunan Ahlul Bait di Nusantara ini.

Seterusnya berlaku perkembangan ilmu dan dakwah yangterus berkembang pesat di seluruh Nusantara, kesedaran berTuhan yang hakiki dan kemanisan Iman sangat dirasai. Raja-raja melayu telah menukar gelaran mereka kepada Sultan-Sultan di Nusantara.

Selanjutnya telah wujud pelbagai Institusi diraja yaituKesultanan Melayu Ahlul Bait dan Kerajaan islam di Nusantara ibarat "Cendawan tumbuh selepas Hujan". Semuanya seiring dengan pergerakan dakwah yang sedang berkembang pesat ke seluruh wilayah Nusantara.

Terbinalah sebuah bangsa nusantara yang taat kepada agama, setia kepada pemimpin, memiliki identiti tersendiri, peradaban bangsa dan kerajaan Islam yang penuh keajaiban.

GELARAN SULTAN DI DALAM HADIS DAN ATSAR


Hadis Hassan dan Dhaif mengenai Al-Sultan

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”.

(hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/no. 1664)

Atsar Tabi'en / Tabit tab'ien


Riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh Imam Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut: 

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.

Maksud Al-Sultan adalah Bayangan Allah di bumi adalah:

Al-Imam al-Munawi dalam "Faidh al-Qadir" ketika menafsir maksud: 
(Al-Sultan Bayangan Allah di bumi) beliau berkata:

“kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari” 

 MAKSUD GELARAN AL-SULTAN


Perkataan Al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti Al-Khulafa Al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultanbermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. 

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah dengan memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman Sayidina Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah ini dengan gelaran khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan Turki Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan dari kalangan arab. Ada juga yang memakai Al-Malik iaitu ‘Raja’ dan sebagainya.

Jika kita semua hendak memahami maksud sebenar"penguasa bayangan Tuhan dalam Islam", fahamilah ucapan Atsar Sahabat utama Rasulullah s.a.w iaitu Sayidina Abu Bakr As-Siddiq apabila menjadi khalifah (Khalifah Rasulullah):

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud Sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu penafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan RasulNya.

SENARAI KERAJAAN NUSANTARA SEBELUM ISLAM

Sebelum kedatangan Islam, Nusantara sudah mempunyai kerajaan dan raja mereka yang tersendiri, sudah memiliki peradaban dan ketamadunan, semuanya dalam pengaruh agama Hindu dan Buddha.


  • Kerajaan Srivijaya
  • Kerajaan Majapahit
  • Kerajaan Siam
  • Kerajaan Khmer
  • Kerajaan Kedah tua
  • Kerajaan Langkasuka                                      (Kelantan, Pattani & Champa)

Kerajaan nusantara sebelum kedatangan Islam
SENARAI KESULTANAN AHLUL BAIT DI NUSANTARA 


Wakil Tanah Melayu
Jata Kesultanan Melaka Darul Islam
  • **Kesultanan Melaka Darul Islam
  • Kesultanan Kelantan Darul Naim
  • Kesultanan Kedah+Pulau pinang Darul Aman
  • **Kesultanan Pattani Darus Salam
  • Kesultanan Perak Darul Rizuan
  • Kesultanan Pahang Darul Makmur
  • Kesultanan Johor Darul Takzim
  • Kesultanan Terengganu Darul Iman
  • Kesultanan Selangor Darul Ehsan
  • **Kesultanan Negeri Sembilan Darul Khusus                                     (Seri menanti + Pagar Ruyong) *Adat pepatih dimansuh
  • Kerajaan Islam / Kesultanan Perlis Darul Sunnah
Jata kesultanan Ahlul Bait di Tanah melayu

Wakil Champa dan Kemboja






















  • **Kesultanan Champa (Vietnam / Indochina)
  • **Kerajaan islam Kemboja

  • Laut Champa, gelanggang tempat orang-orang Melayu "bermain". Betapa eratnya hubungan di antara Tanah Melayu khususnya Kelantan dengan Kerajaan Champa sehingga wujudnya sebuah tempat yang digelar sebagai Pengkalan Chepa. 

    Wakil Borneo


    Bendera Kesultanan Brunei Darus Salam
    • Kesultanan Brunei Darus Salam
    • **Kesultanan Bolongan
    • **Kesultanan Banjar
    • **Kesultanan Sambas
    • **Kesultanan Kutai
    • **Kesultanan Berau
    • **Kesultanan Sambaliung
    • **Kesultanan Gunung Tabur
    • **Kesultanan Pontianak
    • **Kerajaan Islam Tidung


    Wakil Sumatera
    Bendera Kesultanan Acheh Darus Salam
    • Kesultanan Acheh (Pasai) Darus Salam 
    • **Kesultanan Palembang
    • **Kerajaan Jeumpa
    • **Kesultanan Peurulak
    • **Kesultanan Lamuri
    • **Kerajaan Daya
    • **Kerajaan Pedir
    • **Kerajaan Linge
    • **Kesultanan Langkat
    • **Kerajaan Riau-Bentan

    Wakil Jawa
    • **Kesultanan Cirebon
    • **Kesultanan Demak
    • **Kesultanan Banten
    • **Kesultanan Panjang
    • **Kesultanan Mataram 
    Wakil Maluku
    Bendera Maluku
    • **Kesultanan Ternate
    • **Kesultanan Tidore
    • **Kesultanan Jailolo
    • **Kesultanan Bacan
    Wakil Sulawesi
    • **Kesultanan Bone
    • **Kesultanan Gowa
    • **Kesultanan Makassar
    • **Kesultanan Buton
    Wakil Irian Jaya/ Papua
    • **Kesultanan Cenderawasih
    • **Kerajaan Kayangan                                                                                                                          
    Wakil Tausung - Lusung


    Bendera Kesultanan Sulu Darul Islam

    • **Kesultanan Sulu Darul Islam
    • **Kesultanan Meguindano
    • **Kesultanan Buayan
    • **Kerajaan Fi-Amanila

    Petunjuk senarai wakil: ** Akan datang

    Dalam senarai ini, hampir kesemua yang bertanda ( ** )masih belum mendapat mandat dan kuasa sepenuhnya untuk mentadbir negeri dan wilayahnya, ada juga kesultanan dan kerajaan Islam yang sudah lenyap oleh kesan penjajahan dan bakal kembali didirikan oleh para sekalian pewarisnya yang haq.

    Inilah antara beberapa Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam yang masih wujud dan yang dikenalpasti. 


    "Bendera Sang Saka Nusantara"
    KESULTANAN AHLUL BAIT & TURKI UTHMANIYAH

    Pada Era Turki Uthmaniyah, Peranan Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini diibaratkan sebagai "Duta kecil kepada Turki Uthmaniyah". Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara menjadi penghubung kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah yang masa itu dikenali sebagai Payung Umaah Islam di seluruh Dunia Islam.

    Sultan-sultan di Nusantara diibaratkan seperti "Sultan Kecil Turki Uthmaniyah"(Wakil Turki Uthmaniayah) Sultan Turki Uthmaniyah pada masa itu adalah Sultan Besar kepada seluruh Dunia Islam.

    Segala Fatwa, perdagangan dan Kebudayaan, hubungan diplomatik adalah daripada Kerajaan Turki Uthmaniayah, Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini adalah "negeri naungan" kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah.

    Kerajaan Turki Uthmaniyah bertanggungjawab menaungi kesemua Kerajaan Islam (Dunia Islam), cuma selepas beberapa dekad, Kerajaan Turki Uthmaniyah mula melemah dengan pelbagai masalah dalaman, Para penjajah sudah mula menyelusup masuk untuk memecah belahkan Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini, dengan kedatangan para penjajah ini seperti Protugis,Belanda,Sepanyol,Perancis,Inggeris,German, dan Amerika ke Nusantara, mereka telah menjajah dan memisahkan (memecah belahkan) seluruh wilayah nusantara agar tidak bersatu di bawah satu pemerintahan Turki Uthmaniyah.

    KESIMPULAN

    Untuk kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait kali kedua,Nusantara akan menjadi Empayar Islam untuk kebangkitan Islam kali kedua, Para Sultan-Sultan Nusantara Allah akan angkat darjat mereka menjadi Sultan Besar yang melindungi menaungi Seluruh Dunia Islam (Menjadi Wakil Khalifah Imam Mahadi) untuk berdakwah dan berjuang ke seluruh Dunia.

    Sekarang kita semua menuju ambang kemenangan Islam, iaitu kita sedang berada di Kebangkitan Era Empayar (Kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait) di Nusantara.

    Pentadbir utama Kesultanan Ahlul Bait Nusantara danKerajaan Islam merangkap Ketua Sultan (Amirul Al-Sultan Wa-Daulah) adalah "Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J"yang merupakan "ketua kabilah" dan ketua penguasa yang dilantik Allah untuk menjaga wilayah Nusantara sekaligus mengetuai Islam di Nusantara sebelum ketibaan rasmi Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S danSayyidina Abuya Fata At-Tamimi R.A, kesemuanya akan diserahkan segala isi dan kerajaannya kepada Khalifah Mujadid (Imam Mahadi) yang Allah datangkan Khas untuk kebangkitan islam kali kedua di bumi timur Nusantara.

    Marilah kita semua bersatu dibawah payung Sultan yang Haq, Adil, Amanah dan Bertaqwa, Islam pasti menjadi kuat dengan Sultan (Ketua Agama Islam)sebelum Islam menang di era Daulah Imam Mahadi nanti.

    Kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait kali kedua adalah seiring kebangkitan Islam buat kali kedua, Islam menuju kemenangan, Islam tidak akan kalah-kalah lagi, Islam menuju daulah, Janji Tuhan itu Pasti.

    Written by

    Love and Care ...The Key To Uviversal Of Unity

    0 comments:

    Post a Comment

    © 2013 World Royal VIP Community . All rights resevered. Designed by Templateism