Showing posts with label Nur Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Nur Muhammad. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Sejarah Lalu Cerminan Hari Ini Untuk Dapatkan Kemenangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk

"Sejarah Lalu Cerminan Hari Ini Untuk Dapatkan Kemenangan",

(Untuk semua rakyat Malaysia yang di lahirkan di Bumi Bertuah Ini)

Negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Ya Allah, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi dan seterusnya Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain

Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.

Amin, ya ALLAH.



Firman Allah maksudnya;

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".       (Surah 18: 60)

Memiliki rasa kehambaan secara otomatik akan turut memiliki rasa bertuhan dan bagitulah sebaliknya.. Rasa kehambaan ertinya hati sentiasa dikuasai oleh rasa atau perasaan yang selayaknya bagi seorang hamba.Seorang hamba selayaknya merasai hina, lemah, dhaif, berdosa, bersalah, takut, bimbang, cemas, mengharap, rasa dikuasai, rasa menyerah, rasa dilihat dan diketahui oleh Allah swt.

Memiliki rasa kehambaan ini adalah salah satu rahsia kebahagiaan hidup. Ini kerana perasaan tenang, tenteram, tidak terganggu dan tidak tergugat oleh apa pun dalam hidupnya. Semuanya tenggelam dalam takut dan cinta kepada Allah swt. Yakni tiada apa lagi yang ditakutinya kerana semuanya sudah tenggelam dibawah takutkan Allah swt. Perasaan takut kepada yang lain itu tidak lebih hanyalah takut yang bersifat fitrah yang tidak akan sampai mengatasi takutkan Tuhan. Begitu juga tiada apa yang dicintainya kerana semuanya sudah tenggelam dibawah cintakan Allah swt. Perasaan cinta kepada yang lain itu hanyalah cinta fitrah yang tidak sampai mengatasi cintanya kepada Allah swt.


...Jam 3.46 a.m. 4.9.2014 bersamaan 9 Zulkaedah 1435



Bukan mudah untuk memiliki rasa kehambaan kepada Tuhan. Rata-rata kita menempuh pendidikan formal atau informal yang mendorong atau merangsang atau menyuburkan sifat dan sikap angkuh, sombong, takbur, membesarkan diri, hairan dan ajaibkan diri, kagum kepada diri, degil, ego dan mementingkan diri. Inilah sifat iblis yang Tuhan lemparkan laknat kepadanya. Bukan mudah untuk mengikis sifat dan sikap iblis ini. Lantaran itulah manusia bukan sahaja sanggup menzalimi sesama manusia, bahkan terhadap Allah swt pun manusia sanggup derhaka. Sebab itu kalau kita lihat mana-mana manusia kalau terhadap Tuhan yang Maha Berkuasa yang sepatutnya ditakuti, pun sanggup dia derhaka, agak-agaknya apakah orang begini takut dengan manusia dan undang-undang manusia. Melainkan selagi ada cara untuk lepas dan bebas nescaya akan dilakukannya.

Sebagai usaha untuk kita hamba merasai kehambaan marilah kita sama-sama seringkali ingat akan hakikat hidup kita ini tetap tidak terlepas dari kekuasaan Allah swt.

1. Setiap manusia ada cita-cita, kemahuan dan keinginan. Lazimnya untuk mencapai cita-cita itu manusia akan berusaha. Maka berjaya atau berhasil mencapai cita-cita atau keinginan. Hendaklah benar-benar ingat serta rasai bahawa itu semua adalah kurniaan dan anugerah Allah swt. Usaha dengan kerahan tenaga, kegigihan, bersungguh-sungguh termasuk dengan akal fikiran, itu juga adalah pemberian Allah swt. Kejayaan itu adalah dengan izin Allah swt yang sudah ditentukan semenjak azali. Tidak bergerak dan tidak diam sesuatu itu malainkan dengan izin Allah swt. Berterima kasihlah kepada Allah yang maha baik.

2. Semua manusia ada cita-cita, keinginan dan kemahuan. Maka manusia pun berusaha. Ramai yang gagal mencapai cita-cita. Ingatlah bahawa semua itu adalah dengan kehendak Allah swt. Manusia ada kehendak, Allah swt ada kehendak, kehendak Allah jua yang berlaku. Rasakan bahawa betapa lemah dan tiada kuasanya manusia. Kalau kita ada kuasa tentulah segala kehendak dan kemahuan kita itu akan diperolehi bahkan dengan mudah. Kita kena melihat kepelbagaian ragam dan corak dalam kehidupan manusia supaya kita dapat merasakan bahawa kepelbagaian itu semua adalah bukti kekuasaan Allah swt. Adalah amat silap apabila berjaya dikatakan sebab usaha dan keupayaan diri. Apabila gagal dikatakan takdir Tuhan. Ini yang sering difahami oleh manusia. Hakikatnya memang semua dari Tuhan, tetap dari segi adabnya setiap kejayaan disandarkan kepada Tuhan dan apabila gagal maka disandarkan kepada kelemahan diri. Baginilah sikap para hamba yang beradab dan berakhlak kepada Tuhan. Disebalik kegagalan itu terhimpun berbagai hikmah dan pengajaran. Ada maksud baik dari Tuhan, hanya kita para hamba yang akal amat terbatas, maka tidak memahami maksud baik Allah swt itu.

3. Manusia ada cita-cita dan kemahuan, maka diuasahakan. Namun apa yang sering berlaku, lain yang dicita-citakan lain pula yang diperolehi. Rasakan bahawa begitulah sukatan Tuhan keatas kita dalam aspek kehidupan. Terimalah seadanya kerana begitulah yang Tuhan kehendaki untuk kita. Situasi begini semua manusia kena terima dan tidak dapat dielakan. Hikmah besar disebaliknya ialah agar para hamba dapat merasakan bahawa Tuhan boleh berbuat apa saja menurut apa yang Tuhan kehendaki. Seluruh alam semesta ini asalnya dari tiada, kemudia Tuhan adakan. Apakah setelah Allah swt adakan maka Allah swt berlepas tangan? Tidak gerak dan tidak diam sesuatu itu melainkan dengan izin Allah swt.

4. Banyak perkara yang manusia tidak mahu berlaku dalam hidupnya seperti penyakit, susah, bencana dan lain-lain. Maka diusaha menghindarinya. Kalau berjaya rasakan bahawa Allah swt yang memberi bekas dan memberi kejayaan, bersyukurlah kepada Allah yang mentadbir tiap-tiap sesuatu.

5. Banyak perkara yang dibenci, yang kita tidak mahu terjadi dalam hidup. Setelah diusahakan, namun terjadi juga. Maka rasakan bahawa disebalik semua itu ada maksud baik dari Tuhan, banyak hikmah dan pengajaran. Sekurang-kurangnya untuk kita insaf dan sedar serta bersungguh-sungguh kembali kepada Tuhan. Dalam sebuah hadis Qudsi ada firman Allah yang disabdakan oleh Rasulullah saw bermaksud, “ Apabila seorang hamba itu tercatit namanya satu darjat dalam syurga. Hamba itu tidak berupaya mencapainya dengan amalan. Maka Tuhan datangkan ujian yang dengan itu dia bersabar. Maka kekal namanya dalam syurga itu.” Itu kalau satu darjat, betapalah kalau Tuhan letakan pada darjat yang lebih tinggi. Sebab itu ujian kepada manusia ini sangat terletak pada taraf keimanan seseorang. Semakin tinggi taraf iman seseorang maka semakin beratlah ujian. Sebab itu Tuhan datangkan ujian paling berat adalah terhadap para Rasul. Dikalangan Rasu-Rasul pula yang paling berat adalah Baginda Nabi Muhammad saw.

Rasulullah juga ada menyebut dengan maksud, “Tidaklah seseorang itu tertusuk selumbar melainkan untuk Allah hapuskan dosanya.” Manakala itu dalam hadis yang lain Rasulullah saw mengingatkan bahawa akibat dosalah maka Tuhan datangkan kesusahan hidup terutamanya kesempitan rezeki. “Tidaklah Allah tahan rezeki seseorang itu dari atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang melainkan atas sebab dosa yang dilakukannya.” Kalau ini berlaku kepada kita maka banyakkanlah bertaubat.

6. Banyak perkara yang berlaku kepada manusia samada berbentuk positif mahu pun yang negatif adalah perkara yang manusia tidak pernah terfikir atau terlintas. Ini lebih lagi kita kena merasakan betapa Allah swt itu maha berkuasa. Setiap hari berbagai perkara dan peristiwa yang kita tidak terlintas akan berlaku. Dapatkah kita menolaknya kalau sesuatu itu sifatnya yang kita tidak mahu? Cubalah renungkan. Semua itu terjadi maksud Tuhan yang paling utama ialah agar manusia kembali kepada Tuhan.

Andainya semua enam aspek ini dapat dihayati maka semakin hampirlah seoarang hamba itu mendapat kebahagiaan syurga yang disegerakan. Kerana dia adalah orang yang merasakan Tuhan segala-segalanya. Mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Kehilangan Tuhan ertinya kehilangan segala-galanya. Orang yang kehilangan Tuhan dalam keadaan senang pun tidak terhubung hatinya dengan Allah swt bahkan kadang-kadang derhaka kepada Tuhan. Dalam kedudukan kaya, berkuasa, cerdik, tidak merasakan semuanya adalah milik Tuhan. Dalam keadaan susah, menderita, menjadi rakyat jelata pun terputus juga dari Tuhan, tidak sabar, tidak redha dan terus melupai Allah swt.

Wednesday, August 27, 2014

MELAKA : WORLD ROYAL FAMILY HOUSE MALAYSIA


"''Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Pengasihani

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk,

MELAKA :  WORLD ROYAL FAMILY HOUSE MALAYSIA 

Sempena dengan bulan Kemerdekaan yang akan di sambut pada 31 Ogos 2014 yang ke 57 temanya,

"Warisan : Di sini Lahirnya Sebuah Cinta"
(Untuk semua rakyat Malaysia yang di lahirkan di Bumi Bertuah Ini)
 

Video ini saya buat pada tahun lepas sempena Majlis Bersama Dengan Ayahanda 
dari seluruh Malaysia.

Negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja.

Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.
Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Ya Allah, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi dan seterusnya Amirul Mukminin Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain

Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.


Amin, ya ALLAH.


Tajuk di atas di pilih kerana pertamanya di atas nama Melaka. Dulunya adalah Empayar yang besar yang di perintah oleh Raja.  Kini setelah menjelang hampir  504 tahun setelah di taklukki oleh Portugis, kini hanya sebuah negeri yang kecil di dalam Malaysia.

Berikutnya, 

WORLD ROYAL FAMILY HOUSE MALAYSIA

yang mana saya telah di jemput untuk bersama dalam Group yang di tubuhkan di Laman Sosial Facebook. 



Semoga Allah  limpahi kurnia Rahmat Kasih Sayang Untuk Tuanku Raja NoorJan serta keluarga Tuanku yang telah menubuhkan Group World Royal Family House Malaysia serta para Pentadbir dan semua ahli-ahli dalam group ini. 


Saya juga merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan Tuanku pada hamba yang juga telah menubuhkan Group di FB iaitu ROYAL VIP COMMUNITY.

Tujuan ROYAL VIP COMMUNITY
Revolusi Ekonomi di abad 21 ini telah berlaku pelbagai perubahan dalam kehidupan umat manusia.

Serentak dengan perkembangan teknologi maka komuniti ini sebagai satu platform untuk bersama mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa, membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan ugama.

Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama lain sebagaimana yang telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.

Tujuan utama :

Asasnya ialah Piagam 13 yang berdasarkan 4 pinsip :

1. Keadilan  (Tidak Syirik Dengan Allah)

2. Silaturrahim

3. Kebajikan

4. Cegar Mungkar

Firman Allah maksudnya;

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
 
(Surah 16  : 90)

Maklumat selanjut....Matlamat Royal VIP Community



Melalui group ini juga di tawarkan satu peluang Jana Pendapatan Online secara global di mana Perkenalkan Sistem Perekonomian Yang Berteraskan Kasih Sayang dan Manusia itu sebagai aset.

Semoga semua dapat mengambil peluang ini, di mana hanya dengan 3 Langkah Mudah sahaja di mana Julung-julung kali di perkenalkan satu Sistem yang mana dapat memberi satu didikan secara tak langsung betapa pentingnya Kasih Sayang sesama manusia itu penting maka secara automatik kejayaan dan dunia datang merangkak dengan hina dina pada kita semua. 


HANYA MEMBUAT PENDAFTARAN PERCUMA .... SETERUSNYA PERKENALKAN PADA RAKAN-RAKAN, DI MANA MEREKA JUGA DAFTAR PERCUMA...MAKA SERENTAK ITU JUGA WANG DATANG MENCURAH-CURAH KE AKAUN ANDA. 

PROGRAM INI SEBAGAI ALAT MEREDAH BADAI LAUTAN INTERNET MEMERTABATKAN MELAYU KE PENTAS DUNIA DI MANA ERA KASIH SAYANG INI BUKAN MASA UNTUK BERPERANG TETAPI BERJUANG MEMBAWA KASIH SAYANG DAN PERADABAN DI MANA GABUNGKAN TEKNOLOGI ICT + TEKNOLOGI ROH (IAITU SETIAP DETIK DAN SAAT DI HATI UMAT MELAYU YANG BERIMAN DAN ISLAM INI DI HUBUNGKAN DENGAN ALLAH DAN RASUL)










MUKADIMAH

  
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara sudah lama bertapak di Alam melayu, Berkat dakwah para Salafus Soleh yang berjuang berhabis-habisan dalam menyebarkan Islam di Nusantara.

Sang Saka

Rasulullah memberitahu bahawasanya Kebangkitan Islam di akhir zaman kedudukannya jauh di sebelah timur.

Para pendakwah yang turun ke Nusantara untuk mengislamkan Alam melayu ini adalah mereka yang bernasabkan daripada Ahlul Bait Rasulullah dan keturunan Sahabat yang terpilih.

Kebangkitan Islam di akhir zaman "umpama satu badan". Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur.

Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak.

Begitulah simboliknya, Ikhwan adalah kata kunci bagi Timur,dan Asoib pula adalah bermaksud Khurasan."Jika tiada akar, tiadalah pokok dan buahnya".


Semoga Allah mencucuri rahmat untuk roh 
Almarhum DULI TUANKU BONDA 
YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BARIAH
 Kasih Sayang Kunci 
Perpaduan Sejagat.
 PERJUANGAN BELUM SELESAI. 
(Mahapatih Sri Nagasakti Jayapura Negara)

NEGERI DI BAWAH ANGIN

Negeri di bawah angin yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah Nusantara (Samudera). Nusantara terkenal dengan kepercayaan kuat terhadap alam ghaib (Tuhan) danmerindui perkara yang ghaib (Pesuruh Tuhan).

Rasulullah saw memang tahu bahawa suatu masa nanti Bangsa Melayu nusantara akan berbondong-bondong/ beramai-ramai menganut ajaran Rasulullah saw (Agama Islam). 

Para pendakwah ada yang bermimpi bertemu Rasulullah saw dan mengarahkan agar mencari jalan ke timur, pergi ke tanah melayu untuk mengislamkan mereka (Bangsa Melayu Nusantara). 

Bahkan semasa hayat baginda saw, baginda sendiri adamenghantar sahabat ke nusantara bagi membina perkampungan kecil Islam di nusantara yang diwaktu itu masih dikuasai ajaran Hindu dan Buddha.

Seterusnya, usaha kerjasama dengan kerajaan Nusantara berlaku selepas kewafatan baginda, pada zaman Khalifah Muawiyah Abu Sufian dan Khalifah Umar Abdul Aziz, Usaha dakwah dan perhubungan diplomatik terus giat berjalan, sehingga kepada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmniyah.


Nusantara sebelum dan selepas 
banjir besar Nabi Nuh A.S
Samudera yang Rasulullah s.a.w maksudkan adalah Nusantara, hendak pergi ke negeri dibawah angin tersebut,perlu belayar merentasi jalan laut yakni merentasi Samudera. kerana negerinya dikelilingi pulau-pulau, jugapertembungan tiga lautan di tiga penjuru kepulauannya.

Nusantara adalah tempat lahirnya wali-wali Allah berketurunan Ahlul Bait dan sahabat yang bertaqwa danyang sangat bertaqwa, lantas berperanan penting di akhir zaman ini, mereka antaranya:
  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Abuya Al-Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Al-Haris Haras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
  • Khalifah Mujadid (Penghulu mujadid)
  • Mujadid ke 14 (Mujadid terakhir)
  • Imam Mujtahid Akhir Zaman                                           (Mazhab Imam Mahadi)
  • Ikhwan (Sahabat akhir zaman)
  • Asohib (Pembantu Sahabat akhir zaman)
  • Wali besar
  • Wali kecil
  • Pengasas Thoriqah yang muktabar
  • Pemimpin Thoriqah yang muktabar
  • Ulama muktabar
  • Ulama Amalin (Beramal dengan ilmunya)
  • Sultan-Sultan yang Haq (Kesultanan Nusantara)
  • Para pemimpin yang haq (Kerajaan Islam)
  • Mujahid (Pejuang) akhir zaman yang haq
Kesemua yang di senaraikan adalah berasal di tanah Nusantara, berperanan di zamannya dan di akhir zaman.

KESULTANAN AHLUL BAIT


Salahsilah Keslultanan Ahlul Bait di Nusantara
Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam di nusantara inibernasabkan daripada Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A.

Sebelum kedatangan Islam, bangsa melayu nusantara adalah sebuah bangsa yang taat setia kepada Raja dan kerajaannya. Kedatangan para pendakwah mengislamkan Raja-raja mereka turut dituruti (seluruh rakyat) dengan menganut ajaran yang dibawa (Islam) secara beramai-ramai.

Apa rahsianya mereka semua dapat taat setia dan percaya kepada ajaran yang dibawa oleh para pendakwah Islam ke negeri mereka?

Bangsa melayu nusantara sebelum kedatangan Islam, Allah kurniakan kepada mereka sejenis kekuatan bernama "Sakti" (Istidraj), Apabila mereka semua melihat"Karomah" (Lebih hebat dari sakti) yang ditunjukkan (yang dilihat) oleh para pendakwah yang datang untuk mengislamkan mereka, mereka berkelihatan aneh dankehairanan, lantas yakin dan taat setia kepada arahan raja-raja mereka agar beramai-ramai memeluk Islam(Seruan memeluk ajaran Islam).

Sebelum kedatangan para pendakwah mengislamkan negeri dan kerajaan di nusantara, Para Raja-raja ada yang bermimpi diberi kefahaman dan ditunjuki jalan yang benar (Taufik dan hidayah), lantas mereka tidak keberatan menerima Islam yang dibawa oleh para pendakwahtersebut.

Bangsa melayu nusantara yang digelar Rasulullah s.a.wsebagai "Negeri di bawah angin" kerana mereka semuapercaya dan yakin kepada perkhabaran ghaib yang disampaikan diserukan kepada mereka semua.

Apabila semuanya telah diislamkan, Allah menaikkan darjat Raja-raja mereka dan rakyat-rakyatnya di nusantara, "Sakti" telah bertukar menjadi "Maunah" atau "Karomah" mengikut keyakinan dan keimanan mereka semua.

Perkembangan ini juga dikukuhkan lagi dengan perkahwinan campur antara raja-raja melayu dengan keturunan Ahlul Bait dan Sahabat Rasulullah, juga para pendakwahbermukim dan berlaku perkahwinan campur dengan rakyat tempatan. dengan perkahwinan inilah mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan mengembangkan lagi keturunan Ahlul Bait di Nusantara ini.

Seterusnya berlaku perkembangan ilmu dan dakwah yangterus berkembang pesat di seluruh Nusantara, kesedaran berTuhan yang hakiki dan kemanisan Iman sangat dirasai. Raja-raja melayu telah menukar gelaran mereka kepada Sultan-Sultan di Nusantara.

Selanjutnya telah wujud pelbagai Institusi diraja yaituKesultanan Melayu Ahlul Bait dan Kerajaan islam di Nusantara ibarat "Cendawan tumbuh selepas Hujan". Semuanya seiring dengan pergerakan dakwah yang sedang berkembang pesat ke seluruh wilayah Nusantara.

Terbinalah sebuah bangsa nusantara yang taat kepada agama, setia kepada pemimpin, memiliki identiti tersendiri, peradaban bangsa dan kerajaan Islam yang penuh keajaiban.

GELARAN SULTAN DI DALAM HADIS DAN ATSAR


Hadis Hassan dan Dhaif mengenai Al-Sultan

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”.

(hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/no. 1664)

Atsar Tabi'en / Tabit tab'ien


Riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh Imam Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut: 

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.

Maksud Al-Sultan adalah Bayangan Allah di bumi adalah:

Al-Imam al-Munawi dalam "Faidh al-Qadir" ketika menafsir maksud: 
(Al-Sultan Bayangan Allah di bumi) beliau berkata:

“kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari” 

 MAKSUD GELARAN AL-SULTAN


Perkataan Al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti Al-Khulafa Al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultanbermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. 

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah dengan memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman Sayidina Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah ini dengan gelaran khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan Turki Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan dari kalangan arab. Ada juga yang memakai Al-Malik iaitu ‘Raja’ dan sebagainya.

Jika kita semua hendak memahami maksud sebenar"penguasa bayangan Tuhan dalam Islam", fahamilah ucapan Atsar Sahabat utama Rasulullah s.a.w iaitu Sayidina Abu Bakr As-Siddiq apabila menjadi khalifah (Khalifah Rasulullah):

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud Sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu penafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan RasulNya.

SENARAI KERAJAAN NUSANTARA SEBELUM ISLAM

Sebelum kedatangan Islam, Nusantara sudah mempunyai kerajaan dan raja mereka yang tersendiri, sudah memiliki peradaban dan ketamadunan, semuanya dalam pengaruh agama Hindu dan Buddha.


  • Kerajaan Srivijaya
  • Kerajaan Majapahit
  • Kerajaan Siam
  • Kerajaan Khmer
  • Kerajaan Kedah tua
  • Kerajaan Langkasuka                                      (Kelantan, Pattani & Champa)

Kerajaan nusantara sebelum kedatangan Islam
SENARAI KESULTANAN AHLUL BAIT DI NUSANTARA 


Wakil Tanah Melayu
Jata Kesultanan Melaka Darul Islam
  • **Kesultanan Melaka Darul Islam
  • Kesultanan Kelantan Darul Naim
  • Kesultanan Kedah+Pulau pinang Darul Aman
  • **Kesultanan Pattani Darus Salam
  • Kesultanan Perak Darul Rizuan
  • Kesultanan Pahang Darul Makmur
  • Kesultanan Johor Darul Takzim
  • Kesultanan Terengganu Darul Iman
  • Kesultanan Selangor Darul Ehsan
  • **Kesultanan Negeri Sembilan Darul Khusus                                     (Seri menanti + Pagar Ruyong) *Adat pepatih dimansuh
  • Kerajaan Islam / Kesultanan Perlis Darul Sunnah
Jata kesultanan Ahlul Bait di Tanah melayu

Wakil Champa dan Kemboja






















  • **Kesultanan Champa (Vietnam / Indochina)
  • **Kerajaan islam Kemboja

  • Laut Champa, gelanggang tempat orang-orang Melayu "bermain". Betapa eratnya hubungan di antara Tanah Melayu khususnya Kelantan dengan Kerajaan Champa sehingga wujudnya sebuah tempat yang digelar sebagai Pengkalan Chepa. 

    Wakil Borneo


    Bendera Kesultanan Brunei Darus Salam
    • Kesultanan Brunei Darus Salam
    • **Kesultanan Bolongan
    • **Kesultanan Banjar
    • **Kesultanan Sambas
    • **Kesultanan Kutai
    • **Kesultanan Berau
    • **Kesultanan Sambaliung
    • **Kesultanan Gunung Tabur
    • **Kesultanan Pontianak
    • **Kerajaan Islam Tidung


    Wakil Sumatera
    Bendera Kesultanan Acheh Darus Salam
    • Kesultanan Acheh (Pasai) Darus Salam 
    • **Kesultanan Palembang
    • **Kerajaan Jeumpa
    • **Kesultanan Peurulak
    • **Kesultanan Lamuri
    • **Kerajaan Daya
    • **Kerajaan Pedir
    • **Kerajaan Linge
    • **Kesultanan Langkat
    • **Kerajaan Riau-Bentan

    Wakil Jawa
    • **Kesultanan Cirebon
    • **Kesultanan Demak
    • **Kesultanan Banten
    • **Kesultanan Panjang
    • **Kesultanan Mataram 
    Wakil Maluku
    Bendera Maluku
    • **Kesultanan Ternate
    • **Kesultanan Tidore
    • **Kesultanan Jailolo
    • **Kesultanan Bacan
    Wakil Sulawesi
    • **Kesultanan Bone
    • **Kesultanan Gowa
    • **Kesultanan Makassar
    • **Kesultanan Buton
    Wakil Irian Jaya/ Papua
    • **Kesultanan Cenderawasih
    • **Kerajaan Kayangan                                                                                                                          
    Wakil Tausung - Lusung


    Bendera Kesultanan Sulu Darul Islam

    • **Kesultanan Sulu Darul Islam
    • **Kesultanan Meguindano
    • **Kesultanan Buayan
    • **Kerajaan Fi-Amanila

    Petunjuk senarai wakil: ** Akan datang

    Dalam senarai ini, hampir kesemua yang bertanda ( ** )masih belum mendapat mandat dan kuasa sepenuhnya untuk mentadbir negeri dan wilayahnya, ada juga kesultanan dan kerajaan Islam yang sudah lenyap oleh kesan penjajahan dan bakal kembali didirikan oleh para sekalian pewarisnya yang haq.

    Inilah antara beberapa Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam yang masih wujud dan yang dikenalpasti. 


    "Bendera Sang Saka Nusantara"
    KESULTANAN AHLUL BAIT & TURKI UTHMANIYAH

    Pada Era Turki Uthmaniyah, Peranan Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini diibaratkan sebagai "Duta kecil kepada Turki Uthmaniyah". Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara menjadi penghubung kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah yang masa itu dikenali sebagai Payung Umaah Islam di seluruh Dunia Islam.

    Sultan-sultan di Nusantara diibaratkan seperti "Sultan Kecil Turki Uthmaniyah", (Wakil Turki Uthmaniayah) Sultan Turki Uthmaniyah pada masa itu adalah Sultan Besar kepada seluruh Dunia Islam.

    Segala Fatwa, perdagangan dan Kebudayaan, hubungan diplomatik adalah daripada Kerajaan Turki Uthmaniayah, Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini adalah "negeri naungan" kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah.

    Kerajaan Turki Uthmaniyah bertanggungjawab menaungi kesemua Kerajaan Islam (Dunia Islam), cuma selepas beberapa dekad, Kerajaan Turki Uthmaniyah mula melemah dengan pelbagai masalah dalaman, Para penjajah sudah mula menyelusup masuk untuk memecah belahkan Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini, dengan kedatangan para penjajah ini seperti Protugis,Belanda,Sepanyol,Perancis,Inggeris,German, dan Amerika ke Nusantara, mereka telah menjajah dan memisahkan (memecah belahkan) seluruh wilayah nusantara agar tidak bersatu di bawah satu pemerintahan Turki Uthmaniyah.

    KESIMPULAN

    Untuk kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait kali kedua,Nusantara akan menjadi Empayar Islam untuk kebangkitan Islam kali kedua, Para Sultan-Sultan Nusantara Allah akan angkat darjat mereka menjadi Sultan Besar yang melindungi menaungi Seluruh Dunia Islam (Menjadi Wakil Khalifah Imam Mahadi) untuk berdakwah dan berjuang ke seluruh Dunia.

    Sekarang kita semua menuju ambang kemenangan Islam, iaitu kita sedang berada di Kebangkitan Era Empayar (Kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait) di Nusantara.

    Pentadbir utama Kesultanan Ahlul Bait Nusantara danKerajaan Islam merangkap Ketua Sultan (Amirul Al-Sultan Wa-Daulah) adalah "Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J"yang merupakan "ketua kabilah" dan ketua penguasa yang dilantik Allah untuk menjaga wilayah Nusantara sekaligus mengetuai Islam di Nusantara sebelum ketibaan rasmi Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S danSayyidina Abuya Fata At-Tamimi R.A, kesemuanya akan diserahkan segala isi dan kerajaannya kepada Khalifah Mujadid (Imam Mahadi) yang Allah datangkan Khas untuk kebangkitan islam kali kedua di bumi timur Nusantara.

    Marilah kita semua bersatu dibawah payung Sultan yang Haq, Adil, Amanah dan Bertaqwa, Islam pasti menjadi kuat dengan Sultan (Ketua Agama Islam), sebelum Islam menang di era Daulah Imam Mahadi nanti.

    Kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait kali kedua adalah seiring kebangkitan Islam buat kali kedua, Islam menuju kemenangan, Islam tidak akan kalah-kalah lagi, Islam menuju daulah, Janji Tuhan itu Pasti.

    Tuesday, August 26, 2014

    Sistem Perekonomian Ibrahim Berteraskan Kasih Sayang Dan Manusia Itu Sebagai Aset Utama


    Dunia kini zaman peralihan untuk memasuki Era Keemasan yang sedang di tunggu-tunggu oleh seluruh manusia di dunia ini.

    Sistem Ekonomi yang di kuasai oleh Yahudi sudah sekian lamanya di dunia ini dan jawapan kepada sistem itu;

    Kemelesetan pada tahun 1929 sehingga membawa kepada Perang Dunia ke 2.


    Bermula 2008 kemelesetan ekonomi yang teruk telah melanda sehingga masa sekarang.

    Allah Yang Maha Pemurah serta Maha Berkuasa, ada JadualNya tentang kebangkitan dari Timur Era Kasih Sayang yang mana dunia ini akan makmur dan pemerintahan dengan penuh keadilan di bawah Imam Mahdi.

    Berikut secara ringkas Sistem Ekonomi Islam;

    "Seluruh aset, bahan mentah, sumber dan tenaga yang digunakan dalam menjana ekonomi itu adalah milik Allah semata-mata.Hanya Tuhan telah memilih kita untuk mengendalikannya untuk kebaikan sesama manusia sesuai dengan peraturan dan syariat yang telah ditetapkan oleh Tuhan ."

    Ekonomi adalah keperluan manusia. Bahkan ekonomi adalah nadi kehidupan lahiriah manusia, sesebuah masyarakat dan sesebuahnegara. la memenuhi tuntutan lahiriah manusia. Oleh itu, ekonomi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Bahkan ekonomi adalah sebahagian dari kehidupan.

    Justeru itu, ia mesti di majukan iaitu ia mesti dikendalikan dengan cara yang patut, adil, saksama, penuh belas ihsan dan kasihsayang. Seperti mana juga dalam keperluan-keperluan hidup yang lain, Tuhan tidak boleh diketepikan dalam kita melaksanakan dan mengendalikan ekonomi. Kalau Tuhan diketepikan, maka natijah dan hasil dari ekonomi itu akan memakan diri manusia sendiri. la akan rosak dan merosakkan.

    Disebabkan Tuhan telah diketepikan, sistem ekonomi yang diamalkan sekarang di negara kita telah diseleweng dan dirosakkan oleh berbagai-bagai fahaman ciptaan akal manusia terutama sistem kapitalis. Timbul riba, monopoli, oligopoli, kartel dan mencari untung yang berlebihan. Untung itu dijadikan matlamat. Justeru itu maka timbullah penekanan, penindasan dan ketidakadilan. Lahirlah krisis, perbalahan, kesusahan, kerosakan dan perpecahan.

    Dalam Islam, berekonomi dan berniaga bukan semata-mata untuk mencari duit dan untung. Kalau duit dan untunglah matlamatnya, pasti akan ada rebutan. Krisis dan pergaduhan pasti tidak dapat dielakkan. Ekonomi dan perniagaan Islam adalah berteraskan kasih sayang. Dalam Islam, berekonomi dan berniaga adalah ibadah bahkan ia termasuk di dalam jihad fisabilillah. Firman Allah :

    Maksudnya: "Akan ditimpa kehinaan di mana kamu berada kecuali kamu tegakkan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. " (Ali Imran: 112)

    Hubungan dengan manusia di sini termasuklah berekonomi, berniaga dan memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dan rakyat. Ada Hadis yang mengatakan:

    Maksudnya: "Orang yang berekonomi mengikut syariat itu jihad seperti jihad fisabilillah. "

    Berekonomi  adalah untuk mendapat taqwa. 
    Modalnya adalah taqwa untuk menambah taqwa. Modal wang dan keuntungan itu perkara mendatang.

    Berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis. Modalnya adalah wang dan matlamatnya adalah untuk mendapat lebih banyak wang.

    Hasil dari ekonomi   yang berasaskan taqwa, akan lahirlah ukhuwah dan kasih sayang, kemesraan, bertolong bantu, bersopan santun, bertolak ansur, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang luhur dan terpuji.


    Dasar Ekonomi Negara

    Ekonomi Maju mengharamkan riba,tipuan,rasuah dan penindasan.Hutang piutang juga tidak digalakkan.Ini supaya negara dan rakyat tidak mudah dicatur oleh orang atau pihak lain.Pembaziran dan membuang harta dengan sia-sia dan kurang berfaedah ditentang.

    Hasil-hasil pengeluaran dari sumber-sumber yang haram seperti riba, pelacuran, judi dan dengan cara-cara lain yang tidak halal adalah tertolak. Bahkan dari sumber yang makruh pun seperti hasil tembakau disuruh hindarkan.

    Ekonomi Islam adalah ekonomi yang berdikari. 

    Maksud-nya, ia boleh berdiri sendiri tanpa meminta sedekah atau berhutang atau bergantung dengan pihak lain. Lebih-lebih lagi dengan musuh-musuh Islam. Bahkan sepatutnya, ekonomi yang Maju itu mempunyai lebihan harta dan wang yang melimpah-limpah yang boleh disalurkan ke negara umat Islam yang lain.

    HAKIKAT EKONOMI ISLAM

    Hakikat ekonomi Islam perlu difahami sepenuhnya supaya kita tidak tertipu dengan dunia. Kita mesti faham bahawa seluruh aset, bahan mentah, sumber dan tenaga yang diguna-kan dalam menjana ekonomi itu adalah milik Allah semata-mata dan bukan milik kita. Hanya Tuhan telah memilih kita untuk mengendalikan dan mengelolakan aset-aset dan sumber-sumber tersebut untuk kebaikan sesama manusia dan untuk memenuhkan keperluan dan kemaslahatan manusia sesuai dengan peraturan dan syariat yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

    Dengan kata-kata yang lain, kita berekonomi adalah se-bagai pengabdian diri kepada Allah demi untuk mendapat redha dan kasih sayang-Nya. Melalui kegiatan ekonomi, se-seorang muslim itu akan mendapat pahala di dunia dan juga pahala di Akhirat.

    Pahala di dunia adalah keuntungan yang halal dan berkat hasil dari berekonomi dan pahala di Akhirat adalah ganjaran yang Allah telah sediakan baginya di Syurga. Ini dapat dalam sepotong ayat Al Quran:

    Maksudnya: "Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja, maka rugilah dia kerana di sisi Allah di-sediakan pahala (balasan) dunia dan Akhirat. Dan ingat-lah, Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat." (An Nisa`: 134)

    ASAS PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

    Pengurusan ekonomi dalam konteks Malaysia  bermakna roh atau spirit dari ajaran Islam itu sendiri yang mahu diterapkan di dalam sistem ekonomi.

    Menurut Islam, asas bagi tegaknya sesuatu sistem ialah manusia itu sendiri. Justeru ekonomi, asasnya juga adalah manusia bukannya wang ringgit atau hal yang lain. Ekonomi dalam Islam, asasnya bukan aset, juga bukan barangan bahkan bukan modal tetapi manpower atau tenaga manusia.

    Mengapa manpower itu dianggap asas ekonomi Islam? 

    Sebab yang hendak menggerakkan ekonomi itu adalah manusia. Manusialah yang menjadi faktor utama dalam menjana ekonomi dengan berkesan. Secara logiknya, katalah sesebuah negara itu, asetnya banyak atau bahan-bahan mentahnya banyak tetapi tenaga manusia tidak ada, bagaimana hendak diuruskan dan diproses bahan-bahan itu? 

    Bahan-bahan mentah yang begitu banyak belum menjadi aset ekonomi selagi ianya belum diproses oleh tenaga manusia. Kalau ada tenaga manusia pun, ia ada hubungan pula dengan kepakaran. Kalau ramai rakyat (manusia) di dalam sesebuah negara itu tetapi tidak ada kepakaran, bagaimanakah emas, bijih, perak, minyak dan lain-lain bahan galian hendak dijadikan aset yang bernilai? 

    Tidak ada ertinya juga. Negara itu kaya dengan khazanah tetapi hanya benda terpendam yang belum menjadi aset ekonomi dan kekayaan negara.

    Selanjutnya, kalau pun ada tenaga manusia, yang ada kepakaran sehingga mampu memproses bahan-bahan semula-jadi yang Tuhan beri kepada sesebuah negara, untuk bangsa negara itu, hingga hasil itu dapat dijadikan kekayaan, kalau-pun berhasil, ada masalah lain pula. 

    Mungkin nanti cara rnengagihkannya tidak betul. Kalau pun bahan mentah itu mampu dijadikan kekayaan, masih akan jadi masalah kepada negara atau kepada rakyat sebab pengagihan tidak seimbang. 

    Maka jadilah golongan yang kaya semakin kaya manakala yang miskin semakin menderita. Khazanah atau kekayaan negara hanya dibolot oleh beberapa orang sahaja. Tuhan tidak zalim. Bahan mentah yang ada dalam sesebuah negara itu sebenar-nya cukup untuk keperluan setiap rakyat sekiranya diagihkan dengan sistem yang tepat dan mengikut cara yang Tuhan mahu. Firman Allah SWT:


    Maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang melata di bumi melainkan ke atas Allahlah rezekinya dan Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat menyimpannya. Segala yang tersebut itu ada di dalam Kitab yang Nyata." 

    (Surah Hud: 6)

    Dengan kata lain, setelah menggali bahan-bahan mentah itu lalu menjadi kekayaan, ada sistemnya lagi yang perlu di-ambil kira iaitu sistem dalaman diri manusia. Mereka yang mengendalikan kekayaan itu, bolehkah mengagihkan kekayaan tersebut secara adil kepada rakyat?

    Kalau ketika itu di dalam dirinya datang rasa tamak, maka kekayaan hanya terkumpul pada beberapa individu sahaja, lalu rakyat dan masyarakat akan terbiar. Negara itu dilihat kaya tetapi hanya namanya sahaja yang masyhur sebagai negara yang kaya. Lantaran tiada pengagihan yang baik, maka rakyat tetap miskin.

    Cara pengagihan yang tidak betul ini adalah kerana dua sebab iaitu:

    1. Kerana sistemnya.
    2. Sebab manusia itu sendiri.

    Justeru itu dapatlah dirumuskan di sini bahawa ada empat faktor utama yang perlu diambilkira dalam asas pengurusan ekonomi sesebuah negara, iaitu:

    1. Sumber manusia

    2. Kepakaran dan kemahiran

    3. Sistem yang diguna pakai

    4. Pembinaan insan

    Kejayaan mengurus ekonomi negara bergantung kepada sejauh mana sumber manusianya mampu mengendalikan sistem ekonomi negara tersebut dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. 

    Dengan kata lain, bagaimana setiap individu sama ada pemimpin, pengendali ekonomi, pelabur dan pekerja dapat menjadikan Tuhan sebagai Pemantau bagi segala gerak-gerinya.

    Di dalam menghayati konsep pelaksanaan   dari sudut pengurusan ekonomi ini, kita tidak dapat lari dari merujuk kepada sejarah Rasulullah SAW dan Khulafa` ur Rasyidin. Apa yang kita lihat, oleh kerana bijaksananya Baginda Rasulullah SAW dan Khulafa` ur Rasyidin, sebelum memikirkan kekayaan, mereka fokuskan insaniah masyarakatnya terlebih dahulu sebab kekayaan itu ditentukan oleh insaniah. 

    Sejauh mana mereka cinta dan takutkan Tuhan , sejauh itulah mereka mampu mengagih-agihkan kekayaan. Bukan sahaja mengagihkan kerana kewajipan menunaikan zakat semata-mata bahkan kerana insaniah mereka begitu murni dan kerana cinta dan takut mereka kepada Tuhan maka mereka sentiasa mencari peluang untuk mengagihkan kekayaan kepada orang yang memerlukan. 

    Mereka rajin dan ghairah menderma dan bersedekah. Sebarang keperluan masyarakat yang perlu dibantu,mereka akan bantu. Di mana ada keperluan fardhu kifayah yang hendak dibangunkan,mereka akan berlumba-lumba menjayakannya. Itu bagi orang yang mampu yakni orang yang mempunyai kekayaan.

    Begitu juga di pihak kerajaan.Pada waktu kedudukan kerajaan teguh,mantap dan stabil,kerajaan bertanggungjawab terhadap sebarang keperluan rakyatnya.

    Tidak ada orang miskin yang terbiar tanpa pembelaan.Begitu juga sekiranya negara mengalami kegawatan ekonomi, di mana negara sudah tidak mampu menampung banyak keperluan rakyatnya,maka pada ketika itu, para jutawan dan golongan kaya yang telah terbina insaniahnya,mereka pula yang tampil menampung keperluan negara khususnya dalam membela golongan miskin.

    Jadi apa yang kita faham, dizaman Rasulullah dan Khulafa ur Rasyidin, di antara kerajaan dengan masyarakat yang kaya, mereka tampung menampung tanpa diminta .Waktu kerajaan susah,masyarakat kaya menampung.Bila mereka tahu sahaja ada keperluan, mereka terus memberi.Itulah yang dinamakan Baitul Mal.

    Fungsi Baitul Mal itu antaranya adalah tempat simpanan khazanah hasil pemberian orang tanpa diminta.Jadi kerajasama tanpa diminta antara kerajaan dan rakyat yang senang itu adalah hasil insaniahnya yang sudah dibangunkan. 

    Waktu kerajaan susah, mereka inilah yang cepat-cepat membantu kerajaan.Jadi tabung kerajaan tidak sempat kosong.Kerajaan boleh terus mengagihkan kepada rakyat yang perlu.Di waktu kerajaan mampu,ketika masyarakat susah, maka kerajaan pula bertanggungjawab.

    Hari ini, kita membangunkan material dahulu sedangkan insaniah masyarakat tidak diberi perhatian.

    Insaniah mereka terabai.Jadi bila material didahulukan,ada orang yang berjaya, akhirnya jadi tamak , hanya meyimpan kekayaan untuk diri sendiri atau diagihkan kepada kroni-kroninya sahaja maka rakyat terbiar.

    Kalaupun kerajaan meminta bantuan dan sokongan kewangan daripada golongan kaya di dalam negara, paling baik mereka hanya membayar zakat atau membayar cukai.

    Bila diminta Sumbangan aradhi (mendatang) untuk membantu kerajaan,macam -macam alasan diberi.Untuk memberi sumbangan sukarela,daripada ketulisan hati yang inginkan keredhaaan Tuhan amat sukar sekali.

    Amat ketara pada waktu ini, kebanyakan orang yang ada kekayaan sudah rosak insaniahnya.

    Firman Allah SWT :

    Maksudnya : "Jangan engkau jadikan tangan engkau terbelenggu ke leher engkau dan jangan pula engkau lepaskan selepas-lepasnya.(jangan bakhil dan jangan pemboros.Nanti kamu akan duduk tercela dan menyesal." 

    (Al Isra` 29)

    Jelas pada kita ,konsep ekonomi Malaysia adalah ulangan sistem hidup yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW dan generasi Sahabat serta tabi`in.Telah wujud di zaman baginda rasulullah sstem hidup bertolong bantu berteraskan kepada cinta dan takutkan Tuhan .

    Justeru sistem tolong bantu beginilah sepatutnya menjadi amalan di antara pihak kerajaan dan sektor korporat di negara kita.

    Firman Allah SWT lagi :

    Maksudnya : "Bertolongbantulah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolongbantu dalam membuat dosa dan kezaliman." 

    (Al Maidah : 2)

    Memang kita akui, perkongsian pintar yang diamalkan selama ini merupakan unsur asas yang telah berjaya membina persekitaran ekonomi negara yang berdaya saing, tetapi kita juga harus yakin dengan konsep Ekonomi Malaysia iaitu roh atau spirit dari bertolong bantu iaitu demi mendapatkan kasih sayang Tuhan akan lebih memberi kepuasan jiwa serta me-nambah nilai keberkatan dari Tuhan untuk kita. 

    Tentulah amat berbeza bertolong bantu serta bekerjasama atas nama Tuhan dibandingkan dengan kerjasama yang menginginkan pem-balasan dan pulangan material.

    SUMBER-SUMBER KEWANGAN NEGARA
    1. Sumber taqwa

    Allah SWT berfirman:

    Maksudnya: "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia dilepaskan dari masalah hidup dan diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga." (At Thalaq: 2-3)

    Firman-Nya lagi:

    Maksudnya: "Kalau penduduk satu kampung itu beriman dan bertaqwa, kami (Allah) akan bukakan barakah dari langit dan bumi." (Al A`raf: 96)

    Dengan janji-janji Tuhan yang pasti ini, maka dalam negara yang orang-orangnya majoriti bertaqwa kepada Allah, nescaya terdapat rezeki-rezeki yang Allah datangkan dengan cara-cara yang tidak disangka-sangka. 

    Di samping itu, segala usaha akan diberkati yakni usaha yang sedikit akan mendatangkan hasil yang banyak apalagi kalau usahanya itu besar. Misalnya, tanaman-tanaman subur dan memberi hasil yang lumayan. Binatang-binatang ternak gemuk dan membiak dan menghasilkan susu dan daging yang banyak. Nelayan pulang dari laut membawa bekas yang sarat berisi hasil tangkapan. Itulah negara yang diberkati.

    Ekonomi di sudut ini sudah dilupakan orang sekalipun para ulama bahkan orang akan ketawakan pula kerana dikatakan tidak logik dan tidak masuk akal. Kita harus faham, kerja Tuhan tidak perlu pada logik dan bukan hasil dari buah fikiran akal.

    Untuk itu, pemerintah dan pemimpin perlu mengambil berat soal taqwa mereka dan juga taqwa rakyat jelata. 

    Kerana taqwa adalah rahsia utama dan perkara asas bagi kejayaan ekonomi Negara dan Islam. 

    Pencapaian taqwa mesti dijadikan dasar dalam sistem pendidikan di sekolah dan untuk orang dewasa dan rakyat jelata.

    2. Hidup secara sederhana

    Pemerintah dan rakyat yang bertaqwa mesti mampu hidup secara sederhana dan merasa cukup dengan kesederhanaan itu. Taraf hidup pemerintah dan rakyat sama sahaja. 

    Umpama anak dengan ayah yang tinggal dalam sebuah rumah, tentu tidak ada beza apa-apa. Kecuali mungkin keperluan ayah lebih sedikit dari keperluan anak-anaknya. Juga kemudahan hidup ayah lebih dari keperluan hidup anak-anaknya kerana ayah itu memerlukan kemudahan dalam mengurus dan mengendalikan tanggungjawabnya untuk kepentingan anak-anaknya. Itu sahaja bezanya.

    Dalam ekonomi negara, tidak ada pemerintah atau orang kaya yang hidup bermewah-mewah dan berfoya-foya. 

    Mereka semua hidup sederhana. Lebihan harta mereka (kalau ada) adalah untuk mengisi tabung-tabung jihad dan kebajikan untuk kegunaan rakyat yang memerlukan. Kekayaan orang-orang kaya adalah untuk menampung keperluan negara dan rakyat yang susah. Bukan untuk menampuk-nampuk dan mengumpul harta untuk berfoya-foya dan membuang harta dengan sia-sia.

    Had hidup sederhana yang dimaksudkan itu ialah hidup dalam keadaan cukup keperluan asas dan kemudahan-kemudahan hidup. Keperluan asas ialah tempat tinggal, makan minum yang asas, pakaian dan seumpamanya yang secara sederhana yakni tidak berlebihan dan tidak pula kurang. Kemudahan hidup pula ialah seperti kenderaan, eletrik, air paip, telefon, alat-alat dapur, perabot rumah dan lain-lain yang berguna untuk memudahkan melaksanakan tanggung-jawab dan memberi faedah kepada rakyat.

    Dalam keadaan pemerintah dan rakyat hidup sederhana, maka kekayaan akan terkumpul untuk digunakan oleh negara dalam projek-projek pembangunan milik rakyat bersama. Negara dan rakyat akan jadi makmur dan maju tanpa perlu minta sedekah dan berhutang sana-sini. Hutang akan melenyapkan kemerdekaan serta menjatuhkan maruah agama, negara dan bangsa
    3. Tiada pembaziran

    Pembaziran sangat ditentang. Menghabiskan harta kekayaan dengan sia-sia juga sangat ditentang. Ertinya dalam negara Islam yang MAJU, tidak ada dari kalangan pemerintah atau orang kaya yang hidup bermewah-mewah, boros, berjudi, minum arak, berfoya-foya dan membazir. Mereka hidup secara sederhana.

    Kelengkapan rumah atau hiasan yang haram, sia-sia, membazir dan tidak berfaedah juga tidak dibenarkan oleh Islam. Pembaziran seperti ini haram hukumnya seperti yang Allah Taala firmankan:
    Maksudnya: " Sesungguhnya orang yang membazir, mereka itu adalah saudara syaitan. Dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya." (Al Isra`: 27 )
    Harta kekayaan mereka yang lebih sebaiknya diinfakkan kepada negara dan agama, kepada kebaikan, kebajikan, fakir miskin dan untuk rakyat yang memerlukan.

    4. Sumber zakat

    Zakat, baik zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan, ternakan dan tanaman adalah juga sumber kewangan negara. Perkara ini diwajibkan oleh Islam. Zakat membersihkan harta dan jiwa. Sistem zakat sangat berperanan dalam membantu lapan asnaf yang layak menerima zakat. Ini dapat meringankan beban negara di samping dapat memupuk kasih sayang dan keharmonian di kalangan masyarakat.

    Zakat dikeluarkan apabila sampai haulnya setiap tahun sekali pada kadar dua setengah peratus. Apabila wang zakat ini dapat diagihkan kepada lapan asnafnya dengan betul, nescaya beban negara akan berkurangan. Kehidupan fakir miskin dapat dilegakan dan akan berlaku bermacam-macam kebaikan dalam masyarakat dan negara.

    5. Sumbangan orang kaya

    Dalam ajaran Islam, juga dalam konsep Malaysia Maju, sesiapa yang mempunyai kelebihan dari orang lain, mereka mem-punyai tanggung jawab dan kewajipan yang lebih pula kepada masyarakat dan negara. Orang kaya yang mempunyai banyak harta dan wang ringgit mempunyai lebih kewajipan dan tanggung jawab. Kewajipan itu dinamakan wajib aradhi atau wajib yang mendatang.

    Wajib hukumnya bagi orang kaya menunaikan tanggung jawab dari kekayaan mereka untuk keperluan semasa yang mendatang atau yang mendesak seperti berikut:

    Jika negara diserang musuh, wajib bagi mereka mengguna-kan wang dan harta mereka untuk membeli senjata lebih-lebih lagi jika diminta oleh pemerintah untuk berbuat demikian.

    Jika negara berhadapan dengan zaman meleset, wajib mereka membantu negara.

    Menggunakan harta dan wang mereka untuk keperluan pendidikan atau untuk perhubungan bagi kepentingan umum.

    Perkara yang pemerintah tidak berkemampuan, mereka berkewajipan dan bertanggung jawab untuk melengkapkan atau mencukupkan keperluan tersebut. Mereka tidak boleh menganggap itu sebagai tanggung jawab pemerintah se-mata-mata

    Jika pemerintah mengarahkan mereka membuat sesuatu atau membuat perkara-perkara tertentu demi untuk kepentingan umum kerana negara sudah tidak mampu lagi untuk membuatnya, maka wajib bagi mereka menunaikan-nya.

    Mereka yang enggan mematuhi perintah untuk memberi hartanya demi kepentingan umum, maka pemerintahan boleh memaksa mereka berbuat demikian dan mereka wajib memberinya.

    Selain itu, Islam sangat menganjurkan penganut-penganut-nya menjadi pemurah. Bukan sekadar sanggup mengorbankan harta dan wang ringgit untuk zakat dan perkara yang wajib sahaja sama ada wajib yang ditetapkan atau wajib aradhi tetapi digalakkan juga umat Islam bersedekah, menderma, menjamu, berkorban, membantu dalam kemalangan dan musibah, membantu membiayai perubatan, biasiswa dan me-modalkan perniagaan kecil-kecilan rakyat, membantu se-kolah-sekolah, masjid, memberi hadiah, mewakafkan harta seperti tanah, bangunan, kebun, bahan-bahan bacaan, ken-deraan dan lain-lain lagi.

    Ini supaya masyarakat Islam dapat membangun dengan cepat. Yang sedang maju bertambah maju, yang kurang maju akan menjadi lebih maju, yang kurang dapat dicukupkan, yang koyak dapat ditampal, yang lemah dapat dikuatkan, yang tidak sempurna dapat disempurnakan, yang tidak sudah dapat disudahkan dan yang tidak mampu dapat hidup sama macam orang yang mampu. 

    Dengan demikian, yang sedih akan ceria semula, yang terbiar dapat dibela, fakir miskin tidak lagi sengsara, anak-anak yatim dapat diselia dan janda-janda dapat dijaga.

    Kekayaan yang ada pada orang-orang kaya, Tuhan yang punya. Jika kekayaan itu dipulangkan semula kepada hamba-hamba Tuhan, maka orang-orang kaya tidak akan dihina. Bah-kan mereka menjadi orang yang mulia di sisi Tuhan dan di sisi manusia. 

    Tuhan jadikan sesetengah orang itu kaya dan sesetengahnya fakir dan miskin, ada sebab dan hikmahnya. Tuhan tidak bermaksud supaya orang kaya berbangga-bangga dan orang miskin sakit jiwa.

    Sebab itu menurut Islam, dalam harta orang kaya itu ada hak orang fakir dan miskin yang mesti ditunaikan. Sekiranya hukum dan tanggung jawab ini diabaikan, akan turun bala bencana. 

    Masalah dan kepincangan akan berlaku dalam masyarakat. Akan berlaku kes curi, rompak dan bunuh yang dilakukan oleh orang-orang miskin yang jahat dan dengki terhadap orang kaya yang sombong dan bakhil.


    Kedah
    Sarawak
    Perlis
    K Lumpur
    P Pinang
    Labuan
    Sabah
     Putrajaya
    Selangor
     Pahang
    NSembilan
     Terenganu
    Melaka
     Kelantan
    Perak
      Johor

    © 2013 World Royal VIP Community . All rights resevered. Designed by Templateism