Feature Top (Full Width)

Update

Latest Updates

Thursday, November 28, 2019

Ketua Parlimen - Teamwork

Pelancaran satu Program yang bakal menjadi ledakan terhebat untuk semua hanya modal RM30.00 berpeluang untuk mendapat harga bilik hotel murah giler serta boleh jana pendapatan setiap hari .

Dalam masa singkat sahaja program ini mendapat sambutan luarbiasa.eSrtai group whatsup Program Hotel Murah Giler! KLIK.


Program ini sebagai platform pencetus pada pembentukan komuniti di 222 Bahagian Parlimen Malaysia.

Program ini sebagai platform pencetus pada pembentukan komuniti di 222 Bahagian Parlimen Malaysia


Tahniah untuk  Mohd Azmi  yang terpilih.  Peluang  yang besar ini kami amat menghargai anda untuk bersama melakar sejarah besar  yang bermula dari Daerah Besut.

Penubuhan Komuniti di Parlimen Besut yang di pimpin oleh Mohd Azmi ini sebagai perintis yang bakal menjadi model untuk diikuti oleh seluruh Bahagian Parlimen  Malaysia.

Mulakan langkah pertama anda ... Mendapatkan maklumat lanjut berhubung tawaran kami pada anda!

Dalam usaha untuk membina komuniti global yang bermula dari Daerah Besut, pelbagai pihak akan terlibat bersama.  Pengembangan komuniti ini di permudahkan dengan Program Hotel Murah yang juga menawarkan pelbagai ganjaran kepada anda dengan pelbagai peluang jana pendapatan melalui online.


Revolution Network = People + Platform + Technology

Wednesday, September 3, 2014

Sejarah Lalu Cerminan Hari Ini Untuk Dapatkan Kemenangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk

"Sejarah Lalu Cerminan Hari Ini Untuk Dapatkan Kemenangan",

(Untuk semua rakyat Malaysia yang di lahirkan di Bumi Bertuah Ini)

Negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Ya Allah, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi dan seterusnya Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain

Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.

Amin, ya ALLAH.



Firman Allah maksudnya;

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".       (Surah 18: 60)

Memiliki rasa kehambaan secara otomatik akan turut memiliki rasa bertuhan dan bagitulah sebaliknya.. Rasa kehambaan ertinya hati sentiasa dikuasai oleh rasa atau perasaan yang selayaknya bagi seorang hamba.Seorang hamba selayaknya merasai hina, lemah, dhaif, berdosa, bersalah, takut, bimbang, cemas, mengharap, rasa dikuasai, rasa menyerah, rasa dilihat dan diketahui oleh Allah swt.

Memiliki rasa kehambaan ini adalah salah satu rahsia kebahagiaan hidup. Ini kerana perasaan tenang, tenteram, tidak terganggu dan tidak tergugat oleh apa pun dalam hidupnya. Semuanya tenggelam dalam takut dan cinta kepada Allah swt. Yakni tiada apa lagi yang ditakutinya kerana semuanya sudah tenggelam dibawah takutkan Allah swt. Perasaan takut kepada yang lain itu tidak lebih hanyalah takut yang bersifat fitrah yang tidak akan sampai mengatasi takutkan Tuhan. Begitu juga tiada apa yang dicintainya kerana semuanya sudah tenggelam dibawah cintakan Allah swt. Perasaan cinta kepada yang lain itu hanyalah cinta fitrah yang tidak sampai mengatasi cintanya kepada Allah swt.


...Jam 3.46 a.m. 4.9.2014 bersamaan 9 Zulkaedah 1435



Bukan mudah untuk memiliki rasa kehambaan kepada Tuhan. Rata-rata kita menempuh pendidikan formal atau informal yang mendorong atau merangsang atau menyuburkan sifat dan sikap angkuh, sombong, takbur, membesarkan diri, hairan dan ajaibkan diri, kagum kepada diri, degil, ego dan mementingkan diri. Inilah sifat iblis yang Tuhan lemparkan laknat kepadanya. Bukan mudah untuk mengikis sifat dan sikap iblis ini. Lantaran itulah manusia bukan sahaja sanggup menzalimi sesama manusia, bahkan terhadap Allah swt pun manusia sanggup derhaka. Sebab itu kalau kita lihat mana-mana manusia kalau terhadap Tuhan yang Maha Berkuasa yang sepatutnya ditakuti, pun sanggup dia derhaka, agak-agaknya apakah orang begini takut dengan manusia dan undang-undang manusia. Melainkan selagi ada cara untuk lepas dan bebas nescaya akan dilakukannya.

Sebagai usaha untuk kita hamba merasai kehambaan marilah kita sama-sama seringkali ingat akan hakikat hidup kita ini tetap tidak terlepas dari kekuasaan Allah swt.

1. Setiap manusia ada cita-cita, kemahuan dan keinginan. Lazimnya untuk mencapai cita-cita itu manusia akan berusaha. Maka berjaya atau berhasil mencapai cita-cita atau keinginan. Hendaklah benar-benar ingat serta rasai bahawa itu semua adalah kurniaan dan anugerah Allah swt. Usaha dengan kerahan tenaga, kegigihan, bersungguh-sungguh termasuk dengan akal fikiran, itu juga adalah pemberian Allah swt. Kejayaan itu adalah dengan izin Allah swt yang sudah ditentukan semenjak azali. Tidak bergerak dan tidak diam sesuatu itu malainkan dengan izin Allah swt. Berterima kasihlah kepada Allah yang maha baik.

2. Semua manusia ada cita-cita, keinginan dan kemahuan. Maka manusia pun berusaha. Ramai yang gagal mencapai cita-cita. Ingatlah bahawa semua itu adalah dengan kehendak Allah swt. Manusia ada kehendak, Allah swt ada kehendak, kehendak Allah jua yang berlaku. Rasakan bahawa betapa lemah dan tiada kuasanya manusia. Kalau kita ada kuasa tentulah segala kehendak dan kemahuan kita itu akan diperolehi bahkan dengan mudah. Kita kena melihat kepelbagaian ragam dan corak dalam kehidupan manusia supaya kita dapat merasakan bahawa kepelbagaian itu semua adalah bukti kekuasaan Allah swt. Adalah amat silap apabila berjaya dikatakan sebab usaha dan keupayaan diri. Apabila gagal dikatakan takdir Tuhan. Ini yang sering difahami oleh manusia. Hakikatnya memang semua dari Tuhan, tetap dari segi adabnya setiap kejayaan disandarkan kepada Tuhan dan apabila gagal maka disandarkan kepada kelemahan diri. Baginilah sikap para hamba yang beradab dan berakhlak kepada Tuhan. Disebalik kegagalan itu terhimpun berbagai hikmah dan pengajaran. Ada maksud baik dari Tuhan, hanya kita para hamba yang akal amat terbatas, maka tidak memahami maksud baik Allah swt itu.

3. Manusia ada cita-cita dan kemahuan, maka diuasahakan. Namun apa yang sering berlaku, lain yang dicita-citakan lain pula yang diperolehi. Rasakan bahawa begitulah sukatan Tuhan keatas kita dalam aspek kehidupan. Terimalah seadanya kerana begitulah yang Tuhan kehendaki untuk kita. Situasi begini semua manusia kena terima dan tidak dapat dielakan. Hikmah besar disebaliknya ialah agar para hamba dapat merasakan bahawa Tuhan boleh berbuat apa saja menurut apa yang Tuhan kehendaki. Seluruh alam semesta ini asalnya dari tiada, kemudia Tuhan adakan. Apakah setelah Allah swt adakan maka Allah swt berlepas tangan? Tidak gerak dan tidak diam sesuatu itu melainkan dengan izin Allah swt.

4. Banyak perkara yang manusia tidak mahu berlaku dalam hidupnya seperti penyakit, susah, bencana dan lain-lain. Maka diusaha menghindarinya. Kalau berjaya rasakan bahawa Allah swt yang memberi bekas dan memberi kejayaan, bersyukurlah kepada Allah yang mentadbir tiap-tiap sesuatu.

5. Banyak perkara yang dibenci, yang kita tidak mahu terjadi dalam hidup. Setelah diusahakan, namun terjadi juga. Maka rasakan bahawa disebalik semua itu ada maksud baik dari Tuhan, banyak hikmah dan pengajaran. Sekurang-kurangnya untuk kita insaf dan sedar serta bersungguh-sungguh kembali kepada Tuhan. Dalam sebuah hadis Qudsi ada firman Allah yang disabdakan oleh Rasulullah saw bermaksud, “ Apabila seorang hamba itu tercatit namanya satu darjat dalam syurga. Hamba itu tidak berupaya mencapainya dengan amalan. Maka Tuhan datangkan ujian yang dengan itu dia bersabar. Maka kekal namanya dalam syurga itu.” Itu kalau satu darjat, betapalah kalau Tuhan letakan pada darjat yang lebih tinggi. Sebab itu ujian kepada manusia ini sangat terletak pada taraf keimanan seseorang. Semakin tinggi taraf iman seseorang maka semakin beratlah ujian. Sebab itu Tuhan datangkan ujian paling berat adalah terhadap para Rasul. Dikalangan Rasu-Rasul pula yang paling berat adalah Baginda Nabi Muhammad saw.

Rasulullah juga ada menyebut dengan maksud, “Tidaklah seseorang itu tertusuk selumbar melainkan untuk Allah hapuskan dosanya.” Manakala itu dalam hadis yang lain Rasulullah saw mengingatkan bahawa akibat dosalah maka Tuhan datangkan kesusahan hidup terutamanya kesempitan rezeki. “Tidaklah Allah tahan rezeki seseorang itu dari atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang melainkan atas sebab dosa yang dilakukannya.” Kalau ini berlaku kepada kita maka banyakkanlah bertaubat.

6. Banyak perkara yang berlaku kepada manusia samada berbentuk positif mahu pun yang negatif adalah perkara yang manusia tidak pernah terfikir atau terlintas. Ini lebih lagi kita kena merasakan betapa Allah swt itu maha berkuasa. Setiap hari berbagai perkara dan peristiwa yang kita tidak terlintas akan berlaku. Dapatkah kita menolaknya kalau sesuatu itu sifatnya yang kita tidak mahu? Cubalah renungkan. Semua itu terjadi maksud Tuhan yang paling utama ialah agar manusia kembali kepada Tuhan.

Andainya semua enam aspek ini dapat dihayati maka semakin hampirlah seoarang hamba itu mendapat kebahagiaan syurga yang disegerakan. Kerana dia adalah orang yang merasakan Tuhan segala-segalanya. Mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Kehilangan Tuhan ertinya kehilangan segala-galanya. Orang yang kehilangan Tuhan dalam keadaan senang pun tidak terhubung hatinya dengan Allah swt bahkan kadang-kadang derhaka kepada Tuhan. Dalam kedudukan kaya, berkuasa, cerdik, tidak merasakan semuanya adalah milik Tuhan. Dalam keadaan susah, menderita, menjadi rakyat jelata pun terputus juga dari Tuhan, tidak sabar, tidak redha dan terus melupai Allah swt.

Tuesday, September 2, 2014

Sempena Kemerdekaan ke 57 Anda Sertai RVIP Community Bakal Memberi Sumbangan Besar Untuk Semua

Izinkan hambaMu ini menulis ini untuk menjemput dengan segala hormatnya rakan-rakan di Facebook serta di luar sana bersama-sama kami menyertai komuniti yang telah di tubuhkan iaitu:

Sambutan Hari kemerdekaan ke 57 yang bertema " Lahirnya Sebuah Cinta" telah di sambut dalam suasana penuh meriah. Cinta dan kasih sayang amat penting dalam hidup.


ERTI KASIH SAYANG

Kasih pada pemimpin
Pengikut menyerahkan
ketaatan dan kesetiaan
Yang tidak berbelah bagi
Kasih pada pengikut
Pemimpin sanggup berkorban
Memberi khidmat dan kasih sayang
tanpa kepentingan

Kasih kepada isteri
Dapat menyebabkan suami
Bersifat bertanggung jawab
Terhadap isterinya

Kasih isteri pada suami
Menjadikan isteri taat
Patuh melayani suami
Dengan sepenuh hati

Kasih pada guru
Melahirkan murid
Gigih belajar mengamalkan ajarannya
Didalam kehidupan

Kasih guru pada murid
Menjadikan guru
Hilang rasa lelah
Di dalam mendidik

Kasih pada ibu dan bapa
Anak-anak sentiasa menjaga
Hati dan perasaan orang tuanya
Agar terhibur setiap masa

Kasih ibubapa
Kepada anak-anaknya
Menjadikan ibu bapa rela
Berkorban untuk cahaya mata

Monday, September 1, 2014

Facebook Membantu Pembentukan Komuniti Manafaat Bersama Secara Sistematik

Pada era ini perkembangan ICT dengan kemudahan laman sosial seperti Facebook dapat memberi kebaikan dalam sudut perhubungan, ekonomi, kebudayaan, ekonomi dan lain-lain.

Bagaimanakah cara komuniti dapat manafaatkan ahli-ahlinya untuk jadikan kemudahan Facebook sebagai satu platform yang penting untuk pelbagai kebaikan?

World Royal Family House Malaysia
Royal VIP Community
V-Infiniti Program

Berikut adalah contoh bagaimana bersama kita akan mulakan satu kerjasama secara sistematik dan terancang di mana pihak VIP Royal Community dan World Royal Family House Malaysia wujudkan kerjasama untuk mengusahakan Program Ekonomi melalui online secara global.

Permulaan ini di mulakan dengan satu contoh usaha yang telah di buat oleh Community Futures dan kini telah berjaya membantu ramai ahli-ahlinya.



Community Futures is a community based economic renewal initiative established by the federal government in 1985. Helping rural Canadians to start or expand a business and improve local economies. There are 269 Community Futures Offices located through rural Canada.
Community Futures - Means Business!

Community Futures is a community based economic renewal initiative established by the federal government in 1985. Helping rural Canadians to start or expand a business and improve local economies. There are 269 Community Futures Offices located through rural Canada.

Hear from many of our clients on how Community Futures has helped them realize their dreams of becoming an entrepreneur.
kkkk

Sunday, August 31, 2014

Berita Gembira Untuk Semua Rakyat Malaysia Serta Seluruh Penduduk Dunia

.



lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk

"Berita Gembira Untuk Semua Rakyat Malaysia Serta Seluruh Penduduk Dunia",

Negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Ya Allah, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi dan seterusnya  Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain .

Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.


Amin, ya ALLAH.

Alhamdulillah, pada pagi ini ( 2 September  2014 ) tulisan ini Allah Yang Maha Mengatur serta Maha Berkuasa) atas Rahmat  dan KurniaNya dapat meneruskan tulisan ini kerana pada 31.08.2014 hanya menulis Tajuk Utama dan . (titik sahaja)


Saturday, August 30, 2014

KASIH SAYANG ANAK KUNCI KEJAYAAN



Mari kita melihat bagaimana kehidupan baginda bersama para sahabat. Bermaksud cara kehidupan Rasulullah SAW bertindak menyelesaikan dan membenteras penyakit masyarakat.

Bila kita tahu bagaimana Rasulullah SAW mengenali dan mengasihi para sahabat dan bermesra dengan mereka bagaikan ayah dengan anak-anak. 

Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Setiap katanya dikota. Pada peribadinya terhimpun seluruh kandungan Al-Quran, lahir dan batin, hinggakan Ummul Mukminin Siti Aisyah rha mengatakan Rasulullah ialah Al-Quran bergerak.

Rasulullah adalah model cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Baginda merupakan figur yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. 

Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah SAW, maka para sahabat rela berjuang, susah dan senang bersama baginda. Cita-cita dan harapan Rasulullah menjadi cita-cita dan harapan mereka. Dengan kesatuan itu, mereka sanggup mati mempertahankan Rasulullah SAW.

Setiap tutur kata, gerak gerinya adalah didikan buat para sahabat. Beliau berpegang teguh dengan prinsip "guru melakukan dulu apa yang diajar dan dididik". Kerana tanpanya, membuatkan anak didik bersikap mensia-siakan ilmu sehingga ilmu hanya untuk kebanggaan bukan untuk diamalkan. 

Kaedah paling tepat menyampaikan matlamat pendidikan ialah dengan mewujudkan hubungan rapat dan mesra antara guru dan murid. Dengan itu Rasulullah SAW bertindak mengenali dan mengasihi para sahabat dan bermesra dengan mereka bagaikan ayah dengan anak-anak.

Dengan itu setiap pengajaran, setiap hukum hakam Allah yang disampaikan kepada mereka, bukan sahaja diterima bahkan diamalkan dan diperjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup. Mereka berkorban apa saja hingga rela berkorban segala-galanya demi untuk Allah dan Rasul. Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia mampu membeli hati-hati manusia sekaligus menyatukannya dalam satu barisan yang teratur dan kukuh. Walhal menyatukan hati manusia adalah kerja yang amat payah.

Firman Allah:

وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡۚ

"Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi Allahlah yang menjinakkannya". (Surah Al-Anfal 8:63)

Dengan akhlak yang mulia sesiapa saja yang bergaul dengan baginda akan tertarik, sayang dan rindu untuk selalu bertemu. Hatta orang kafir pun jatuh hati dan akhirnya memeluk Islam. Maka tidak hairanlah mengapa para sahabat rela menyerahkan jiwa dan raga, hidup dan mati untuk bersama baginda mempertahankan hak Allah.

Dari segi pergaulan, sekalipun baginda Rasul pesuruh dan kekasih Allah, baginda sangat merendah diri dan menginsafi dirinya sebagai hamba Allah. Baginda tidak memilih kawan, pun tidak mengasingkan diri dari para sahabat. Baginda berkawan rapat dengan para sahabat dan menyayangi semua orang yang beriman.

Baginda tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah orang tua yang penuh kudis dan miskin. Hanya diambersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Firman Allah:

لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬


"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dikalangan kamu, sangat susah dengan kesusahanmu, mengingini keselamatan bagimu dan sangat sayang terhadap orang-orang mukmin". (At- Taubah 9:128)

Baginda Rasulullah hidup bersama-sama sahabat. Setiap waktu sembahyang, mereka berjemaah bersama-sama. Ketika makan, mereka berkeliling dalam satu hidangan. Baginda duduk bertemu lutut dengan para sahabat. Bila ada sesuatu yang hendak dirundingkan, berbisik-bisiklah baginda dengan sahabat-sahabatnya. Duduk tidak pernah tinggi dari sahabat, pakaian tidak berbeza dengan sahabat. Baginda bercakap dan bermesra bahkan bergurauan dengan sahabat.

Kalau ada sahabat yang tidak kelihatan olehnya, pasti baginda akan bertanyakannya. Baginda akan ziarah ke rumah sahabat, sama-sama menguruskan jenazah dan hadir ke kenduri bersama sahabat. Baginda tidak membuatkan dirinya lebih istimewa daripada sahabat-sahabat. Susah sama ditanggung, senang sama dirasa.

Sikap dan akhlak begini membuatkan sahabat-sahabat sentiasa melihat, belajar dan terdidik untuk mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Mudah bagi sahabat meniru, membaiki kesilapan dan bertanya atas sebarang masalah yang timbul. Sahabat-sahabat juga mudah untuk melaporkan apa-apa perkembangan semasa kepada Rasulullah. Dan setiap wahyu tersebar dengan cepatnya.

Inilah seni Rasulullah dalam membina dan membentuk masyarakat Islam. Bertitik tolak daripada seni di dalam bersahabat, memimpin dan mendidik inilah Rasulullah SAW berjaya membina sebuah masyarakat yang utuh, kukuh dan berpengaruh. 

Dari sanalah terbentuknya generasi contoh yang pertama yakni para sahabat yang dapat melaksanakan kehendak Al-Quran dan Sunnah. 

Oleh itu, hasil pengaruh didikan Rasulullah ini perlu dicontohi oleh generasi kemudian termasuk kita di akhir zaman ini.


Community Presenters Royal VIP Community


Royal VIP Community  brings you some of the top presenters in the world. Compelling in thought and focused on success, these authors, speakers, and celebrities 
help you to achieve your goals.

Blake Mycoskie

Founder of TOMS

Robert Stevenson

Author of the best-selling book How to Soar Like an Eagle in a World Full of Turkeys

Les Brown

Award Winning Motivational Speaker, Television Personality and Author of Live Your Dreams

Jim Kouzes

Leadership Scholar and Co-author of bestselling book The Leadership Challenge

Lou Holtz

ESPN analyst, Football Hall of Fame Inductee, Renowned former Football Coach of Notre Dame

Joe Martin

Best Lecturer of the Year APCA

Gary Tuerack

Founder of The National Society of Leadership and Success

Mel Robbins

Talk Radio and TV personality, Host of A & E'sMonster In-Laws and Author of Stop Saying Your Fine

Kevin Carroll

Speaker, Consultant and Bestselling Author of Rules of the Red Rubber Ball

Linda Papadopoulos

Renowned British Psychologist and Author ofWhat Men Say, What Women Hear

Al Duncan

Motivational Speaker and Author of My Success Journal for Young People and Get All Fired Up!

Alexis Jones

Celebrity Speaker, TV Host, and Social Entrepreneur

Patrick Combs

Best Lecturer of the Year NACA Nominee

Josh Linkner

Founder of ePrize, Technology Entrepreneur, New York Times Bestselling AuthorDisciplined Dreaming

Dr. Bertice Berry

Sociologist, Educator, Lecturer, Comedian and Author of I'm On My Way, But Your Foot Is On My Head

Tom Krieglstein

Renowned Speaker, Social Media Expert, Entrepreneur and Co-Founder of Swift Kick and AlumniChoose.org

Shawn Harper

Former NFL Football Player, Motivational Speaker and Life Coach

Marlon Smith

Presented in 45 states & 10 Different Countries, Including Fortune 500 Companies

Dianna Booher

Best Lecturer of the Year NACA Nominee

Nancy Hunter Denney

Renowned Motivational Speaker, Leadership Trainer, Educator and Author of Zing!

Jake Steinfeld

Actor and Fitness Personality

Dion Jordan

Award winning Motivational Speaker and Author of All That it Takes is All That You've Got and All That You Got is All That it Takes

Marc Kielburger

Humanitarian, Author and Co-Founder of Free the Children and Me to We

Dr. Joe Dispenza

Neuroscientist, Chiropractor, Lecturer and Bestselling Author of How to Break the Habit of Being Yourself

Mark Lundholm

Renowned Comedian and Motivational Speaker

Tami Coleman

Trained by Al Gore as a Speaker for The Climate Project

Christine Comaford-Lynch

Entrepreneur, Corporate Consultant and New York Times bestselling author ofRules for Renegades

Janet Attwood

New York Times Bestselling Co-Author ofThe Passion Test

Srikumar Rao

Professor at Columbia University, Speaker and International Bestselling Author of Are You Ready to Succeed

Connie Podesta

Motivational Speaker and Master of Ceremonies for more than 25 years and 2 million people

Keith Ferrazzi

# 1 New York Times bestseller Who's Got Your Back and Bestselling Author of Never Eat Alone

Deanna Latson

Award-winning speaker on health, wellness and nutrition

Paul Orfalea

Founder of Kinko's, Business Leader and Philanthropist

Randy Haveson

Consultant and Renowned Speaker on Overcoming Drug Addiction

Johnnie Tuitel

Consistent Standing Ovations at NACA 


© 2013 World Royal VIP Community . All rights resevered. Designed by Templateism