Izinkan hambaMu ini menulis ini untuk menjemput dengan segala hormatnya rakan-rakan di Facebook serta di luar sana bersama-sama kami menyertai komuniti yang telah di tubuhkan iaitu:
| ![]() |
Sambutan Hari kemerdekaan ke 57 yang bertema " Lahirnya Sebuah Cinta" telah di sambut dalam suasana penuh meriah. Cinta dan kasih sayang amat penting dalam hidup.
Dipos oleh DP Ayahanda Soria Ramli.
|
ERTI KASIH SAYANG
Kasih pada pemimpinPengikut menyerahkan
ketaatan dan kesetiaan
Yang tidak berbelah bagi
Kasih pada pengikut
Pemimpin sanggup berkorban
Memberi khidmat dan kasih sayang
tanpa kepentingan
Kasih kepada isteri
Dapat menyebabkan suami
Bersifat bertanggung jawab
Terhadap isterinya
Kasih isteri pada suami
Menjadikan isteri taat
Patuh melayani suami
Dengan sepenuh hati
Kasih pada guru
Melahirkan murid
Gigih belajar mengamalkan ajarannya
Didalam kehidupan
Kasih guru pada murid
Menjadikan guru
Hilang rasa lelah
Di dalam mendidik
Kasih pada ibu dan bapa
Anak-anak sentiasa menjaga
Hati dan perasaan orang tuanya
Agar terhibur setiap masa
Kasih ibubapa
Kepada anak-anaknya
Menjadikan ibu bapa rela
Berkorban untuk cahaya mata


0 comments:
Post a Comment