Saturday, August 23, 2014

Perutusan Penting Untuk Rakan Facebook

Share it Please

Perkongsian ilmu dan maklumat-maklumat terkini penting untuk semua rakan-rakan FB untuk menjadi petunjuk pada anda semua samaada;

1.  Masa anda dengan FB mendatangkan manafaat pada anda dan semua -  Jalan Yang Lurus.  Maka faedah besar dapat di dunia dan akhirat.

2. Masa dengan FB di habiskan dengan sia-sia tidak menguntungkan anda dan merugikan untuk semua - menjadi hamba pada Dajal.  Jiwa anda bertambah kacau dan banyak tenaga minda di sia-siakan.


BismillahirRahmanirRahim

Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): “Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: “Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata.”


Surah Yunus : 1- 2

Penjajahan Minda 

31 Ogos 2014 di adakan sambutan kemerdekaan 57 tahun.   

Realitinya, setelah terjajah sekian lama maka kemuncak cabaran Bangsa Melayu ialah berhadapan dengan satu senjata yang amat halus dan berbisa di lepaskan bermula dengan 31 Ogos 1957.

Apakah Senjata itu yang begitu berbisa dan bahaya!

Senjata tersebut ialah "PENJAJAHAN MINDA
Penjajahan minda ini melitupi semua sistem politik, pemerintahan, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan lain-lagi.

Sekarang ini kesannya begitu parah sekali pada Bangsa Melayu dari peringkat remaja sehingga dewasa !

Satu contoh besar, Sistem Politik Melalui Pilihanraya. PRU 13 saksikan kemuncak perpecahan bangsa Melayu dan menjadi juara maki hamun, fitnah, sesama bangsa.
Sehingga hari ini bila buka www.yahoo.com betapa dasyatnya tragedi yang melanda Bangsa kita ini. Aduh! Aduh!
Contoh berita hari ini,
PAS mahu Sultan campur tangan krisis MB Selangor, kata pakar PerlembagaanBakar bendera parti, PKR pecat penyokong Khalid Ibrahim
Tiada calon MB Selangor selain Wan Azizah, kata Anwar
Johari Abdul kecewa Shamsul Iskandar tuduh JPP amal politik wang
Exco tinggalkan dewan semasa Ketua Pemuda PKR baru berucap
......
Ledakan Revolusi Ekonomi ini penggunaan internet di perkenalkan dan laman sosial seperti Facebook menjadi satu kemudahan pada semua dalam perhubungan.

Tanpa kita sedari sebenarnya kita hidup dalam dunia yang di kawal oleh mesin atau Pengawal.
namun dunia bahawa kita hidup dalam tidak kurang daripada ilusi. Fatamorgana yang telah dicipta untuk menipu kita ke dalam pemikiran kita adalah" percuma ". Terdapat banyak perbandingan kepada dunia kita sendiri, dan "realiti" yang pengawal ciptakan untuk kita hidup di dalam, bahawa kita benar-benar boleh melihat matriks mengelilingi kita setiap hari.

Dalam jalani hidup banyak masa kita bazirkan masa dengan sia-sia dan menggunakan tenaga minda juga sia-sia, akhirnya jadilah kita manusia yang tidak tenang dan ....

Akhir ramai yang tertipu...

Firman Allah maksudnya;

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu – setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

Surah Yunus : 3-4

 Dalam Era fitnah Dajal yang dasyat ini, sehingga berjaya menyelinap kesetiap rumah dan di bawa ke mana-mana sahaja dengan perkembangan teknologi telefon.
Era ini kita di pesan untuk sentiasa dapatkan petunjuk dari Al-Quran, di mana Surah Al-Kahfi terdapat rahsia yang besar bagaimana dalam kita berhadapan dengan fitnah Dajal ini.

Ini contoh mudah bagaimana bermula dengan Penjajahan minda selepas merdeka dan kini dalam era IT dan penggunaan Facebook,

Pihak pemimpin-pemimpin Parti Politik sentiasa bertelagah pelbagai isu.   Rakyat pula yang dapat melihat melalui media, seterusnya rakyat yang tidak tahu secara melitupi isu-isu tersebut pula menjadi penyebar berita dan menyebarkan maklumat melalui akal bersandarkan nafsu semata-mata.

Akhirnya, wujudlah suasana yang begitu parah sekarang!

Firman Allah maksudnya;

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -

Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!

Surah Yunus : 5 - 10

Alhamdulillah syukur pada Allah atas RahmatNya pada Bangsa Melayu ini, walaupun saat ini ramai yang tertipu dengan era kini, namun masih ada insan-insan yang jadikan Facebook ini sebagai satu kemudahan untuk bermanafaat untuk diri dan semua secara hikmah bijaksana.




Written by

Love and Care ...The Key To Uviversal Of Unity

0 comments:

Post a Comment

© 2013 World Royal VIP Community . All rights resevered. Designed by Templateism