Prakata
DI WAKTU ini umat Islam seluruh dunia terutama umat Islam di tanahair kita sedang kembali kepada
Islam, yakni agama anutan mereka yang diwarisi
daripada datuk nenek mereka sejak ratusan tahun
yang lampau. Atau dalam istilah lain, kini sedang
berlaku apa yang dinamakan zaman kebangkitan
Islam yang mana umat Islam sedang dilanda keghairahan
mengamalkan ajaran Islam, sama ada dari segi
ibadahnya, perjuangannya, akhlaknya, cara berpakaiannya,
ekonominya, pergaulannya, pendidikannya,
perubatannya, pertaniannya dan lain-lain lagi.
Saya yang kebetulan menubuhkan Royal VIP Community bukan saja jadi pemerhati kepada situasi ini, tapi ikut serta berjuang bersama-sama membangkitkan amalan Islam melalui komuniti ini.
Saya akan terus menulis di dalam bermacam-macam tajuk dari pelbagai sumber guru-guru saya untuk membantu memberi guideline atau panduan serta tunjuk ajar sejauh yang diizinkan oleh ALLAH kepada mereka yang sedang ghairah dengan Islam itu. Lebih-lebih lagi melalui pengalaman dan bukti buah fikiran guru saya menjadi kenyataan dan di minati ramai. dengan izin ALLAH telah diminati ramai terdiri dari berbagai macam peringkat dan golongan. Bukan saja daripada golongan pertengahan, tapi juga daripada golongan atasan seperti para menteri, pensyarah-pensyarah universiti, pegawai pemerintah, siswa-siswi dan lain-lain lagi.
Semoga ianya menjadi guideline bagi umat Islam berbangsa Melayu yang sedang berjuang ini teristimewa ahli-ahli Royal VIP, pahalanya kepada dua ibu bapaku, guru-guruku dan kepada mereka yang pernah berjasa kepadaku terutamanya Abuya Ustaz Ashaari seterusnya Syeikh Sayidi Syeikh Muhammad Abdullah As Suhaimi Rahimahumullah Taala Ajmain. “Ya Allah, Engkau terimalah usahaku yang maha kecil ini terhadap agama-Mu, dan kalau adalah di waktu aku menulis ini terselit dalam hatiku tujuan-tujuan yang lain selain dari tujuan untuk-Mu, aku mohon ampun. Engkau Maha Menerima Ampun. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.’
0 comments:
Post a Comment